Hari sabtu lepas 8.5.10 berlangsung sukan disekolah amer n zarith skttdi 1. Bapa dia tak dpt nak join pasal kena jaga lembu sekandang di ladang James Labu.
Meriah juga sukan kat sini ekk.ramai perserta yg mengambil bahagian.
Ameer selaku pelari favorite tersengih dgn pencabar terdekatnya dalam acara 10m lari terhenjut-henjut.
Pom-Pom girl yang dilatih oleh cikgu mereka sambil pom-pom boy kena round padang.
Ameer yg mewakili rumah putih bersama dengan pelari nigeria memulakan sesi panas badan.
Panas terik tp tidak mematahkan semangat mereka mengejar impian selaku pelari pecut utk kelas mereka.
La...ingatkan lari 10 meter,rupanya kena lari dengan bola dan gelang tu sekali..
ahh..bola pun bola lah..janji aku menang.
Perserta pompuan yang tak sabar nak memulakan larian sambil cikgu diorang mententeramkan keadaan.
ahhh..cikgu ni lambat lah..kami jalan dululah
Aik...bila plak zarith tercegat kat situ.
Aku rasa aku boleh menang ni,kata zarith dalam hati
Ameer jugak yang menang..no satu pulak tuh.cayalah
Piala emas yang berjaya dirampas oleh ameer sambil dikongsi dengan pelari dari china.
Sessi tangkap gambar utk majalah sekolah ..gambar kaki yang telah menang acara hari tu.
Susah jugak nak menang..
Zarith yg bersungguh2 nak menang tp tak menang..
Penyudahnya bawak dengan tangan lagi senang..boleh menang kot mcm tuh.
Saya juara abah!!
Seronokkan jadi diorg..tak payah pikir kerje pun.
Sahabat sejati yang tewas mengejut pada hari itu.
Tak dapat hadiah dapat berebut gula2 pun jadilah..
Bakal pengulas sukan negara suatu hari nanti..semoga berjaya hendaknya.
Sedih bila mengenangkan bahawa aku terpaksa berpisah selamanya dengan sesuatu yg aku tatang sejak dari mula hingga kesekarang.3/4 masa aku banyak dihabiskan untuk mu.Segala pergerakkan aku hanya teringatkan mu. Kubelai dirimu agar cepat membesar supaya semua orang dapat merasai kemanisanmu tetapi tidak seperti yg diharapkan.
8.5.10 adalah hari aku terpaksa berpisah dgn mu selamanya.Aku tiada daya untuk meneruskan hidup bersamamu lagi.Aku pasrah,aku gagal untuk membelaimu lagi. Keadaan tidak lagi mnyebelahi diriku. Apalah nasib diriku yang selalu dirundung malang begini.
Tapi aku harus meneruskan langkah longlai ini yang masih tidak tahu kemana arah hendak kutuju. 5 tahun hidup bersamamu.Senang sudah kita hadapi bersama,panas hujan kita mengalaminya tanpa orang lain mengetahuinya.
sudah suratannya begitu, aku harus pergi walaupun aku tidak merelakannya sepenuh hati. Apakan daya,tangan yang menggenggam ini sudah mula longgar genggamannya.Kaki ini sudah tidak terdaya menghayun langkah bersama mu lagi..
maafkan ku wahai buah hati aku selama 5 tahun ini.
Wajahmu akan aku rindu selamanya. Aku solek dirimu mengikut kemahuan ku.Aku selalu berdoa agar dikau terus hidup bersama ku ..tangisan ini tidak dapat mengubah perpisahan kita.Malu kerana aku kejam pada mu,meninggalkanmu pada usia 5 tahun..aku tidak lagi mampu untuk memandang kehadapan bersama mu..maafkan aku.
Setiap ruang mu ku isi dengan pelbagai hiasan agar setiap insan yang datang pasti akan tertawan.Aku mahu membesar bersama mu sehingga keakhirnya.
Tetapi jodoh kita tidak bersama untuk selamanya.Aku dengan rela dalam keterpaksaan melepaskanmu kepada ayah baru agar didirimu terus terbela dimasa akan datang.
Kepada 'anakku',sementelah dirimu didalam dakapan ayah yang baru,aku akan teruskan mendoa kejayaan mu.Apabila dirimu berjaya kelak,jangan dilupakan aku yang pernah susah payah untuk membesarkan tanpa sebarang habuan yang aku perolehi.
Ruang ini adalah ruang aku merehatkan diri dan juga merendahkan diri kepada Allah.Doa sentiasa kupohon agar dikau dapat terus hidup bersama ku. tetapi perancangan Nya lebih pasti dari perancangan ku.
Makan dan minum aku disini sentiasa enak bersama mu.Adik-adik aku dapat menumpang teduh bersama aku disini.Segala kelengkapan hidup dan perkakasan mereka engkau simpan sebaiknya.
Aku juga dapat menghiburkan diri bersama mu.Engkau begitu menghiburkan aku walaupun terseksa didalam diri.
Dimeja itulah engkau menyampaikan rezekiNya kepada aku.Setiap hari ada insan yang datang berkongsi rezeki bersama kita agar kita boleh terus berlari walaupun agak terjengkut-jengkut. Pelarian kita semakin hari semakin memenatkan....adakah ini petanda yang kasih kita setakat disini sahaja?
Sebelum mata ini tertutup selamanya,aku pasti akan merindui saat-saat bahagia kita selama dikau bersama ku.Aku akan merindui malam ku yang selalu bersamamu walaupun hujan petir sekalipun.Hari minggu aku tidak pernah kemana selain menjagai mu. Aku pasrah bahawa aku terpaksa lepaskan juga dirimu kepada penjaga baru mu. Adik-adik aku juga pasti merindui saat bersama mu lagi.Bila mungkin kita akan ketemu lagi?
Untuk mengabadikan kisah kasih aku pada mu ,lagu ini adalah lagu perpisahan yang pastinya menghambat kenangan kita bersama.YaAllah ya Tuhanku,aku redha dengan ketentuan mu.Aku mengerti yang Qadha dan Qadar itu adalah hak mu.Aku cuma merancang tetapi engkau yang tentukan. Kepada Redhuan, engkau lebih daripada seorang kakitangan,engkau banyak berjasa kepada kehidupan kami.