Monday, March 28, 2011
hari jadi ku ker?
Tuesday, March 15, 2011
cuti sekolah
Cuti sekolah ini kami pulang kekg halaman yang sekian lama tak menjenguk..sambil tu kami ke rumah kenduri abe jiran kat subang 2 ni di sungai besar.Jauh kedalam sawah rumah pengantin ini..sejauh mata memandang.
Ini lah abe bapak pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan keduanya nanti.
beginilah kemeriahan kenduri pada hari itu.menu yang menarik dan sedap.
kelihatan jali sibuk mengambil makanan.itulah dia pengantin yg juga ustaz kepada zarith dan ameer iaitu ustaz wan dan isterinya
kak zah sibuk berlabun dengan kawan2nya.begitulah indahnya sawah padi di sg besar.
singgah dimasjid menunaikan solat zohor disini.
setelah kekenduri di sg besar,kami ke sg keli untuk menghadiri kenduri dirumah saudara belah emak..lama tak masuk kekg dimana aku dilahirkan dahulu.
serangga ni memang ajaib..hanya Allah yang berkuasa menciptanya.dari badan kebuntutnya hanya disambungkan dengan seutas saluran sahaja.mmg hebat kejadian Allah ini.
inlah saudara belah mak yang berhimpun dirumah kenduri.hebat2 diorang ni.
kami pergi pun dah pukul 3 lebih so dah lengang lah majlis pada hari itu..tp sempat makan bubur kacang yang enak.
setelah habis makan kami pulang nak main game nintendo wii yang best ni.satu2nya game yang membuat kita berpeluh sekali seperti bermain dipadang yang sebenar..so tak payah ke gymlah nampaknya.
HUtan melintang yang banyak berubah sekarang..mari kita tgk apa perubahan yang semakin mencengkam rasa ini.
bandar simpang 4 yang semakin sibuk dengan kenderaan termasuk kenderaan aku gaklah.
sudah ada billion di sana..tak lama lagi tesco dan giant plak akan dibuka diHM
zaman kanak2 yang hanya datang sekali sahaja.memang cool diorang dia main layang2 aku yang dibeli di pahang hari tu..so pada hari ini aku sedekahkan pada diorang ni agar dapat meraikan zaman kanak2 diorg dengan lebih bermakna.
antara dua zaman.anak2 dikg yang bermain dengan permainan yang mengasyikkan dengan langit dan bumi sebagai padang permainan mereka.sementara yang diatas kereta itu yang padang permainannya di depan komputer sahaja.
bila dua zaman ini bertemu,pasti ada kemeriahan yang tercipta yang hanya mereka sahaja yang dapat merasainya bersama. semoga kalian semua dibimbing kejalan yang diredhai.