Monday, September 29, 2008

perdana v6-satu kebanggaan

Kadang2 doa kita dimakbulkan ketika kita selalu berdoa kepadaNya.Ikutkan logic memang agak sukar untuk mmpercayainya.Inilah kuasa Allah sebenarnya.
Pada tanggal 19.09.08 dgn berkat kesabaran sebuah kenderaan yang diidamkan berjaya dimiliki walaupun belum dimiliki sepenuhnya..
Sebuah proton perdana V6 hampir dimiliki..
Masa ni kira masih lagi ada bau kedailah katakan..zarith dgn basikal barunya sdg memperagakan dihadapan V6 ayah dia..masa ni amer tidoq kat rumah nenek dia.

Inilah kenderaan dari arah belakang..ADX9338 cukup menarik no ini.Kata orang cina no ada ONG..itu tak penting,yang penting skrg kena keje lagi kuat utk membayarnya. Kereta ini agak sporty sifat dia kerana tuan terdahulu telah buat mcm2 utk menampakkan menarik.jadi kita kira tak payah buat apa2 lah
Sport rim saiz 17 yang menarik,alarm sistem yang canggih,sound sistem yang padu dan tinted cermin yang power telah menjadikan kereta ini selesa utk dinaiki.
Cadang ingin juga nak ambik MPV tetapi memandangkan bujet kurang so ambiklah V6 walaupun murah janji ada nama n gaya..yelah gaya org bawahan jer.

Inilah serba sedikit wajah didalam V6 ini..simple jer tapi menawan..yelah hitam itu menawan. Tak sabar nak balik beraya di HM..So kepada adik di Sabah selamat hari raya maaf zahir batin.

Kepada tipah and aran,and semua adik2 selamat hari raya dan maaf zahir batin.


Thursday, September 25, 2008

macam2 yusri

Kali ni kisah macam2 yusrilah..ini kerana gambar semakin banyak dan idea semakin susut.
Oleh itu kita lihatlah aksi2 yang dipaparkan demi melihat kelangsungan sebuah kehidupan seadanya dari BINYUSRI..

Gambar2 ni adalah sekitar hari jadi ameer rafique yang dibuat di HM..Kami sekeluarga BINFIE telah pergi ke KFC teluk intan untuk menyambut hari jadi ini.Walau mcmana keadaan pun ultraman tetap dihati.Apak juga yang sedap mkn KFC.Kami semua pakat layan ultraman berlawan kat KFC..


________________________________________________

BAru2 ni Hm dipenuhi dgn udang galah..diorg jual murah2 gaklah..so inilah udang yang ditangkap oleh pak itam man dikg sana..Dia ni adalah bapak sedara sham dahari..Dia ni baru saja balik dari membelat disungai bernam..Dia suruh ambik semua dalam 3 kg..tapi memandangkan ongkos enggak ada so belilah dlm 1 kg jer..
Besar udang dia beb
_____________________________________________________
Lepas habis makan udang kami pun masak2 and gilah sekolah adik mudah...dia puasa plak tuh hari tu..sekali udang punya pasal terus buka posa..dugaan

Sikamarul ni plak nak terkucil lepas makan udang..terpaksalah dia pinjam toilet asrama pompuan..kesian mak mudahnya kena temankan..

__________________________________________

MAHA2008
HAri tu pergi tengok MAHA 2008 kat MARDI serdang..best gaklah tengok benda2 yang di pamerkan disana..panas terik mentari.

Ini adalah gelanggang dimana acara tunggang lembu gila diadakan..semua penunggang adalah org Australia.So kalau kita yang tunggang pakat menonggenglah jawanya. Yang satu lagi tu adalah masa promosi daging lembu..best gila rasa daging dia.lembut dan nyaman sekali.tapi daging dia berharga rm60/kg la.. rupanya kalau nak rasa daging fresh lepas sembelih ialah,kita biarkan dlm freezer slama 14 hari.pastu baru kita prepare utk nak makan..tips yang bagus tuh..

Ini adalah pusat ekspo di maha2008 tersebut..Tak pergi pun tpt tu pasal masa suntuk sgt.so tgk dari jauh jerlah.

Disinilah terdapat bermcm2 jenis buah2an dijual..tp yang dominan adalah buah durian dia..so kita pun layan lah mkn durian..bila dah makan durian D24,rasa dia biasa jer..mcm makan durian jugak..sedap lagi durian kg yop...

Ini adalah sekitar tapak maha2008 tuh..luas gila tpt ni.penat nak berjalan.nasib baik ada tramp yang angkut pengunjung disana..