Sunday, May 30, 2010

Sejuknya HM

Demam world cup kini sudah bermula.Kami ke carefour kota damansara untuk melihat apa yang boleh dibeli dengan hanya RM5 sahaja.

Perangkap pertama yang berjaya ialah tempat permainan kanak2 disitu.memang berbaloi rm5.Semua games disitu bermula dgn rm1 jer..so main lima kali dah rm5.Qamarul lawan abah dia tp dia kalah.Nasib baik tak nangis pasal kalah.

Zarith and amet masih bertarung sampai peringkat akhir. Akhirnya juara bersama antara mereka bertiga.Hadiah dia ialah dapat bergambar dipadang pola FIFA.

Begitulah riangnya mereka dipadang bola fifa.Menang game rm5 dapat bergambar disini.Yang teruknya bapak dia gak..Semua gaya mereka dijanakan oleh masked rider.

Mereka juga dapat bergambar bersama pemain kesayangan mereka secara live..tanpa diketahui oleh pemain tersebut.

Setelah penat dipadang bola,abah dia gi berehat diputra jaya..brehat ker brehat?
28.05.10 kami pulang semula keHM.ada misi kutub utara disana.

sebelum misi itu dilaksanakan,aku kepelantar ikan untuk melihat kadar suhu disini.Cuaca agak terang dan redup.Banyak ikan2 bermain disungai itu.

Heider yang pantang melihat air sungai sudah beria2 ajak gi mancing.Aku angguk2kan jer tapi mata dok tgk gadis2 surabaya ditepi hujung sana.

heider tgk aku buat tak tau jer,terus dia nak gi mancing sorang2..tu bot yang belayar tu dah bawak dia gi mancing.tinggal aku sorang melihatnya pergi..

Aikkk..tak pergi lagi..aku ingat dah jauh belayar dah..

So untuk menjaga hatinya,aku pun nyanyikan sebuah lagu yang diberi judul 'aku sorang nelayan dilaut dalam'. Nak nyanyi lagu ni kena hisap roko baru feel fresh..

rupanya bukan heider sorg jer yang terharu,tp satu pelantar ikan itu terharu.Semua pakat balik bila dengar aku nyanyi.Tinggallah dua orang tu jer,itupun pasal gitar tu dia punya.

Dah habis tu,kitaorang pun balik ikut jalan hutan..ialah dah nama hutan melintang,ikut hutan jelah.Pokok2 tu macam best jer bila digabungkan dengan langit.mcm digabungkan dengan langit jer.

Setelah data suhu diluar tadi direkodkan,maka rekod2 data itu diberikan kepada amer and qamarul untuk pemeriksaan seterusnya.Ada masalah ker qamarul?

OOO signal internet tak kuat,jadi abah dia pun pasang 3g wifi utk kegunaan mereka dirumah.kira 3g wifi pertama dihutan melintang yang berjaya diwujudkan.

Setelah data2 itu diproses,amer dan qamarul pun terpaksa mengukur suhu bilik dgn cara berbaring dan juga dihadapan kipas untuk mendapatkan ketepatan yang sebenar.

rupanya seluar zarith terkoyak besar semasa mengukur suhu didapor..jenuh opahnya menjahit untuk membantu beliau mendapatkan suhu yang lebih tepat.

Sementelah itu,pakar suhu negara yang hilang iaitu en zahari berjaya ditemui di sg sumun.lama tak jumpa dia sejak dari dalam perut.Dia tgh merepair motor baru nya disitu.motor baru pun kena repair ker?
Akhirnya misi kutub kita berjaya dilaksanakan.

Inilah dia misi kutub kita,sebuah ekon 2hp untuk rumah diHM.Terletak diruang tamu dan suhu terendah yang pernah direkodkan adalah 19Celsius. Suhu ini adalah merbahaya kepada yang berbadan kecil.Kepada bakal2 pengunjung rumah ini,sila bawa baju sejuk sendiri.Kipas tu dah hampir dilupakan jasanya sejak mat YORK tu sampai.

Untuk pakej 2hari 1 malam, semua pengunjung dikehendaki membayar kepada apak sebanyak rm50 satu keluarga untuk menampung kos letrik..kalau tak mampu ,boleh lah membayar secara ansuran sebanyak rm5 sejam.

Penyelidik suhu iaitu qamarul meneruskan misi seterusnya ke sabak bernam. Ketika ini hujan mula turun renyai2..jadi kita sambung misi ini dilain episod yea abah!!

Saturday, May 22, 2010

Terkezuttt

Sesi terkezut untuk minggu ini..bnyk benda yang mengejutkan dalam kehidupan seharian...

Kejutan pertama, 3 beradik ini merupakan yang pertama diMalaysia makan direstoran tanpa pengawasan ibubapa..

Kejutan kedua,kedai aku ini sudah berubah menjadi lebih hebat dan lebih korporat.

Kejutan ketiga,jiran rumah aku rupanya dah keluarkan produk sendiri dalam bentuk frozen food jenama umi..kalau ada yang berminat,bolehlah kejutkan aku sekarang juga..

Kejutan keempat,kawan ameer disekolah TTDI 1 ini mempunyai keistimewaan yang amat hebat seperti dlm gambar ini,nampak tak?

Kejutan kelima,kedai aku kini sudah diberi nafas baru dengan rekaan hadapan yang lebih menarik..Apa!!! tak terkejut? tgk bawah ni plak..

Kejutan keenam,aku dapat cek berjumlah rm45,000 bertarikh 23.5.10 tapi aku terbank in pada 21.5.10.Harap bank tak memberi kejutan pada aku isnin ini.

Kejutan ketujuh,aku terjumpa adibah noor kat the store sg buloh pada 22,5,10,Yang lebih mengejutkan ialah,nama aku tidak disenaraikan sbg pemenang pada hari itu.
terkezut minggu ini..

Tuesday, May 18, 2010

Kampong Halamanku

Baru ni 15.5.10 kami balik kg setelah lama tak balik.Tujuan pulang adalah saja nak tgk emak dan apak..kami pergi makan KFC hari sabtu tu,tp terlupa plak nak tangkap gambar kat situ..sedar2 dah balik baru teringat lupa tangkap gambar.

Masa ni sedang bertengkar dgn qamarul nak pergi KFC ke nak?

Akhirnya kena pergi gak,si ameer senyum bila dgr KFC.Qamarul terus pakai kasut nak jalan terus.

Tapi tak dapat nak bawa alang dah join sekali hari tu.kesian dok sorang2.next time kita gi sama yea bila estima mpv yang ditempah 8 tahun lalu tu siap.

Fuhh..macam bapak dia masa umur 6 tahun ...

Inilah bandar teluk intan yang semakin dimamah usia.tp still hebat jugak lah.ada jual mcm2 kat situ.

Selepas habis diKFC kami pun pergi tgk mak mudah diSemesti..Mak mudah suruh beli mcm2 bawak gi jumpa dia..sekali kak yong nya beli kek ...power..tp kek tu qamarul jugak yg pulunnya.

Sebelum makan kek,upacara mask rider kena buat dulu..kek 1malaysia pun ada..

Mak mudah dengan tenangnya makan sorg..kereta kami parking kat situ,sekali masa undur tercabut bumper depan..haru betul.

Syok oo makan bawah pokok ni..sampai ayah bob tak sabar nak bawa bobby makan kat situ.

Bobby dengan pakaian Lindalam nya mula menjengah tempat dia akan masuk..sambil mak mud mengawal keadaan..hausnya qamarul.

Bobby minta diturunkan pasal nak lawan dgn qamarul..

Akhirny bobby dpt ditenangkan dgn bantuan mased rider..jgn berak tak bobby.

Setelah habis sessi tu,kami bermain badminton didepan rumah..sekali tgk mcm cong wei je baju biru tu?

wahhh,akhirnya LIN DAN keluar dgn reket powernya untuk menentang chong wei..'mana chong wei?'

mak azah sedang melihat mata yg berjaya dipungut oleh Lin dan tadi..

tetapi disebabkan dah tak boleh tahan tgk lin dan main,akhirnya diorg pergi main depan rumah betul..habis dibulinya anak buahnya didepan rumahnya pun..

cantik hutan melintang ni..inilah klinik dimana aku telah di khatankan oleh seorang dressar india bernama tony..klinik ni betul2 depan rumah..cantik dan menarik,orang sakit boleh sembuh oo kalau datang sini.klinik ni memang macam klinik ..