Friday, April 29, 2011

aku in konsert at IB

Pada 28.4.2011 aku dan lan and pijoi dan juga peroz(penganjur) gi tgk reheasal konsert wing and friends kat istana budaya..masuk free pasal ianya reheasal...


So sebelum gi tgk reheasal tu kami tgk2 dulu pameran motor Naza kat ruang legar IB tersebut.



pameran motor harley davidson yang power.motor2 tu semua adalah latest model dari harley..motor aku tetap modenas gaklah..



model ni agak nakal dan menarik.harga dlm rm150K sahaja..nasib baik aku baik 140 je.kalau tak dah tangkap sebiji dah hari tu.




ni kira konon2 jer nak beli motor..tp siapalah aku nak pakai motor power2 nikan..modenas pun baru habis bayar jer.



Nilah kengkawan yg menjadi peminat wings sejak dari sekolah lagi..



pijoi dan motor tak boleh dipisahkan



reheasal baru bermula..mcm2 gimmick dipersembahkan...layan jelahkan



Joe di kanan manakala bekas pemain gitar wings asal iaitu sham dibelah kiri..lama tak tgk sham since album yg pertama jer..lain benor rupanya



jojet bekas pemain drum gersang bersama wings hari tu..dah nampak lain sgt jojet ni dah



sessi bersama mel dgn lagu yg menarik..



inilah dia sham yg muncul dengan album wings inspirasi tamingsari..mcm budak2 rock jer gayanyer


Published with Blogger-droid v1.6.8

geng HM turun KL

Lagi sekali geng2 HM turun KL atas urusan mengambil upah membawa pendatang asing..tp pendatang asing yang halal..



Baru balik dari tanjung karang mengantar mesin kepada customer..Singgah solat asar dimasjid berdekatan dengan pusat kelip2 kg kuantan kuala selangor.



lani berada di LCCT menunggu kedatangan pendatang asing...posing utk hidup.



za dan kawan indon sedang menanti kakaknya dari jogja...hampir 1 jam lebih tersangkut menunggu kakaknya...



beginilah syahdunya menunggu orang tak keluar2 lagi ni erk.



selepas dah keluar kami ker sunway pyramid makan..semua sponsored by diorg.aku cuma tunjuk jalan jer.



ramainya org sedang main iceskating di sunway pyramid..nak main tak pandai..so kita terus gi makan jer lah ..



Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 23, 2011

alam dan manusia

kadang2 alam ni memberi idea kepada arah tujuan hidup kita.Dari kita bangun pagi sampailah kita tidur semula dimalam hari.Tapi kalau dah memang jenis tak reti nak bangun pagi memang takkan nampak apa itu alam diwaktu dini harikan..



Gambar ni nak menunjukkan matahari waktu senja yang cukup merah.memang senja nan merah betul.tp dalam kamera tak menjadi merahnya.



Gambar ni disekitar sekolah anak2 di taman tun..Ada kolam dan ikan yang menarik.Kalau kolam ni ada kat sekolah aku dulu di HM dah lama dah budak2 memancing kat situ.



Ketika sedang menunggu abg zarith dia habis kelas,amer dan kawan2 sempat bermain samsung aku dengan games kegemaran angry bird..berebut diorg nak tgk cara mainnya.



Masa balik dari kelang hari tu,ternampak lah I-CITy dari federal highway.menarik dan berwarna warni..tp disebabkan kekangan masa,tak dapat nak singgah situ.cuma tgk dari jauh jer.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 19, 2011

tie baru

Skttdi 1 mula melaksanakan pemakaian tie bagi sessi persekolahan tahun 2011. Jadi hari ni merupakan hari pertama kena pakai tie oleh 2 yusri ini.
Hensem gak dan bergaya,mcm bapak dia masa sekolah dulu2.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 17, 2011

perak vs selangor

sabtu 16.04.2011 kami kestadium shah alam menyaksikan perlawanan antara selangor dan perak..pertama kali menonton bersama dengan anak2 yang kaki bola ini.ramai orang datang pada hari ni.tiket yang bertulis rm10 terpaksa dijual dengan harga rm15 dan tiada tiket untuk kanak2..memang makan duit diorg ni



beginilah ramainya orang perak dan selangor manyaksikan perlawanan pada malam tersebut.



Orang ramai berpusu-pusu membeli tiket dikaunter.aku pun terpaksa berebut2 juga untuk mendapatkan tiket..



ketika ini keadaan masih lagi 0-0..screen tu pun dah nak rosak dah dibuatnya



kamal dengan anak2 aku sedang beria menonton perlawanan dengan penuh khusuknya.



kamal pulak yang excited ...kami duduk dikawasan selangor yang amat membahayakan..nak sokong perak beria2 pun tak boleh disini.



perlawanan yang cukup sengit pada malam tersebut dengan para penonton yang giler-giler.




cuba cari bola dimana ia berada..susah oo nak shoot gambar diatas.



Ameer sentiasa bertanya tentang perlawanan dengan kamal..kamal pun layan baik jer.qamarul siap tanya nak sokong mana..aku jawab sokong mana2 jer.




perlawanan masih lagi 0-0 ketika ini.



half time ..kumpulan sorak selangor yang sentiasa menari memeriahkan perlawanan pada malam tersebut.memng tak penat lah diorg ni.



topi yang unik yang dipakai oleh penyokong selangor..




qamarul begitu khusuk menonton sambil teringat games FIFA dia kat rumah bagaimana strategi dan taktik yang harus dilakukan.



seladang kecundang 1-0 pada malam tersebut..keciwa



pasar baju dan jersi disebelah stadium shah alam.



masa untuk pulang setelah penat bersorak..yang penting masa untuk anak2 dapat diraikan bersama dengan kemeriahan yang cukup abadi..



Published with Blogger-droid v1.6.8