Monday, August 24, 2009

1st ramadhan:ronda2

Hari ni merupakan hari pertama berpuasa..seronok dapat berjumpa ramadhan kali ini.cuma yang sedihnya kita dah takder ust asri dari rabbani yang kembali ke rahmatullah minggu lepas.
Dah takleh berkaroke dgn ust asrilagi mcm dulu2 kat hotel singgah sana PJ.
SO hari ni aku pun jalan2 naik motor pusing KL.saja bosan dok rumah and nak bagi hilang rasa berpuasa..

Bus stesen puduraya kelihatan agak lengang and dah tak sibuk macam dulu.jalan pun dah clear.tp org tetap ramai dok nak beli tiket bus balik raya.

Sebenarnya nak ker plaza low yatt nak beli batery HP.so sementara tunggu lampu hijau,sempatlah snap satu dua gambar kat simpang di bukit bintang ni. Mat saleh tuh cukup seronok datang msia ni.penuh bag yang dibawanya.

NI adalah berjaya times square.tempat ni memang grand.barang dia takder yang harga 2 seringgit.semua main ratusnya.tp bukan nak pegi sini pun.saja nak menghabiskan kodak jer.

Inilah tempat yang hendak dicari.Seronok oo pergi tpt ni.plaza low yatt nama dia.tpt ni memang hapenning.kalau bawak rm500 mesti habis.so kita bawak cuma rm50 jer..itu pun habis gak.susah kalau pergi tpt ni.tp pasal ada hajat kenalah pergi situ juga,.

Mulanya nak gi beli batery, sekali tersangkut Hp satu.dah lama dah nak ngidam hp yang ada GPS..so dengan berfikir dan setelah menjenguk hampir 6 kedai,maka dapatlah satu nokia model 6222 yang ada navigator..syok pulak tgk map yg dipowered oleh GARMIN ni..alah layan jerlah technology ni. so lepas balik rumah tunjuk kat anak2 and buat video call kat ajah dikuantan and video call ker emak disabah..best sungguh technology yang Allah beri kepada kita nikan.

Setelah penat berpeleseran,maka mama suruh makan buka rumah dia..best oo juadah buka kali ni.lama tak makan nasi power mama buat.sedap sampai rasa keperut ooo.
Inilah juadah yang menjadi idaman malaya.

Setelah habis makan kami pun balik rumah sendiri..nak solat maghrib and isyak berjemaah dan juga solat terawikh bersama2 keluarga...
salam ramadhan utk semua..

Sunday, August 16, 2009

Masa utk mengasah bakat:bowling

hari ni 16.8.09 kami telah rancang utk berjumpa dishah alam utk sesi bowling. semuanya di arrange oleh An yang memang ada talent dalam buat arrangement ni.Kami berjumpa di ole2 seksyen 18.Hujan lebat sangat sampai aku lupa nak tutup tingkap kiri kereta aku.basah habis kereta aku.

Enjoy gak dapat main bowling dengan korang semua.

Seronok bila berjumpa.lama dah tak minum2 macamni. tapi kyle yang banyak bercakap itu dan ini.kami cuma dengar jer cerita dia.
Inilah kawan2 masa kat tuas polytech.lama kita berkawankan sampai dah beranak pinak kita ni.cuma kyle jer buang kat toilet..jgn marah ekk.

Masa ni sedang minum2 selamat dtg kat ole2 seksyen 18.cool gak tempat ni tapi air yang an minum tuh sedap gak.pecal dtg lambat sikit pasal satu jalan shah alam pun dia tak tau.yang dia tau TNB shah alam jer.

Inilah sesi borak2 yang dipengerusikan oleh suran sambil usha2 calon isteri utk kyle . bowling center ni ada kat atas bangunan ole2 shah alam seksyen 18.cantik tempat ni.

Inilah sesi up close and personal bersama dgn suran and amran. persamaan dari 2 gambar ini adalah spek tuh aku yang punya. untuk an spek tuh ori bro. bukan uptown nyer tau.

Masa ni ada game bagi budak2 uitm shah alam.apalagi kyle terpaksa mengontrolkan dirinya kerana ada satu 'marka' dok usha dia..kyle! ko bukan takder rupa bro..

Suran sedang berbincang bagaimana perlawanan kali ini boleh dikenang sehingga keanak cucu..

Sesi panas badan bersama the TUAS'S. Amran jugak yang pulang hampa apabila 'spin'nya tidak menghasilkan apa2 utk anak2nya.

Proses merayu sedang dijalankan oleh amran agar aku menarik diri dari game ni..tp aku tak setuju. Kyle yang berpura2 tak tau main akhirnya menduduki tangga ketiga ..aku berjaya memotongnya disaat akhir atas kerana bermain di tempat sendiri.

Itu adalah gaya terbaik dari dabowl dalam menjuarai kejohanan.AMran termenung memikirkan masa depannya dalam bowling ini.

Point2 semakin meningkat dan kelihatan suran terdesak untuk mencari mata lebih dalam mengejar impian mengalahkan DABOWL. Suran dari sudut belakang yang agak terdesak masa tuh.

Pecal dengan gaya 'good luck' nya yang daripada 10 balingan hanya 1 sahaja mencecah pin..sementara suran gambarnya sengaja dibalikkan demi kerana tidak menyokongnya..tp dia hampir kalah hari tuh.nasib kyle menyelamatkan dia..if not akulah juara.

Inilah buktinya point2 seorg juara.kyle banyak membantu senja tok sighan dalam menjuarai kejohanan kali ini.


Masa ni masa utk pulang setelah penat bermain bowling..seronok gak sekali sekala jadi 'bujang'..lepas main kami gi minum and makan kat mamak kat situ.. yang kesiannya si pecal minta roti banjir,sekali mamak tuh hentam baiknya roti canai dia..dentam dentum mamak tuh potong roti pecal..tp yg penting happy ekk.. Ann nanti buat lagi ekk utk bulan posa nanti.
Lihatlah video2 yang disunting utk kita kenang sesi ini .Dalam video pertama tuh kelihatan suran mengajar kyle mcmana nak baling..tp yang bestnya dia baling pun longkang gak..



Saturday, August 15, 2009

Api masa kecil kawan,bila besar?

Pada 14.8.09 merupakan hari2 biasa dalam hidup kita..hari tu sikamarul telah menunjukkan kreativiti dengan menyusun semua mainanya seperti dibawah.

Bila ditanya apsal main mcm tuh.dia kata 'depa semua nak tgk wayang'. OOOO semua kenderaan tuh tgh tgk wayang secara drive through mcm MCD.Patutlah dia letak kotak komputer depan kenderaan tuh semua.power lah sikamarul nih.

kreativiti siqamarul dalam penghasilan idea yg menarik.
Tapi......
tepat jam 3.10 pagi ,setelah berkira2 nak tidor..tiba2 terbau mcm ada benda hangit.cari punya cari sekali terdengar bunyi letupan dan suasana terang kat ruang tamu.rupa2nya ada kebakaran kat bilik komputer..YaALLAH besarnya api..

Beginlah kesannya kebakaran mlm tuh.Air usah cakaplah and nasib baiklah ada air kat tangki tuh.kalau tak nak kena tunggu tangki tuh penuh pakat habislah bilik tuh.Teruk sungguh kebakaran mlm tuh.

Komputer baru beli dok ada kat seblahmeja tuh.dok risau jgnlah bakar komputer aku.

Asap jgn ckplah malam tuh.jenuh bangunkan ultramans semua suruh keluar dari rumah.Sungguh besar kuasa Allah.Makhluknya itu semasa kecil mmang kawan and bila besar memang lawan.
Semuanya kerana aku yang lalai dalam mengawal trajedi ini dari berlaku..
Semoga Allah melindungi kami sekelian.