Begitu cepat masa berlalu..seakan seperti baru semalam mendapat zarith dalam hidup ini.Dan kini beliau sudahpun masuk sekolah darjah satu.Seperti kata neneknya dihutan melintang "terasa baru sangat zarith tu lahir..dah darjah satu"...

zarith pada pagi hari pertama nak pergi sekolah..Hari ni sepatutnya belum sekolah lagi tapi mak dia kata cikgu suruh datang sehari lebih awal.MAsa ni tok wan dia mengazankan zarith agar semangat dan cita2nya akan menjadi angkasawan tercapai.U are my great hero zarith!!
Ini adalah perjalanan pulang setelah mengetahui sekolah tidak dibuka pada hari rabu 2.1.08..
Zarith cukup teruja nak kesekolah..Suatu perjalanan panjang yang baru bermula.
Zarith kini mula menjejak mimpi..Seorang angkawasan yang baru dicipta.Akan keangkasa pada tahun 2018.Insyaallah

Satu perjalanan yang cukup meyakinkan dari zarith yusri bersama ibunya.
Inilah sekolah yang menempatkan zarith kedunia pendidikan sebenar..Kelas 1 intan diSekolah Kebangsaan Tmn Tun Dr Ismail 1
GAmbar ini adalah pada minit2 permulaan.Dengan wajah seorang pendiamlah konon.BAngga dengan gaya dan tokoh yang ada. (walaupun sebenarnya abah kekeringan untuk bulan ini demi zarith..nasib mama ada bersama ..mama jangan marah ekk)
_____________________
Dan kini zarith mula mengatur rentak kehadapan dalam mencari persahabatan.

Kelihatan zarith beratur dihadapan kelas untuk menuju kedewan besar bagi mendengar sesi taklimat seterusnya..
__________________________
Zarith bersama teman barunya..seorang kawan dari bangsa india..pandai sungguh mencari kawan.
Sesuatu yang mengujakan adalah zarith berbahasa inggeris dengan pelajar india ini.Sepatahpun tak terungkap melayu ketika berbual dengan pelajar tuh..Ahhh kau memang powerlah zarith.Abah dulupun taktau nak cakap orang putih macam zarith cakap. Walaupun sekelilingnya baik dirumah abah mahupun rumah nenek,kita tidak praktis inggeris,tapi berkat doa semua kau tetap unggul.
Selepas pelajar india tu,dia juga ada kawan dengan pelajar melayu bernama adam..zarith cakap teringat dengan ayah adamnya.Mereka bertiga nilah yang agak rapat ketika ini.Sehinggakan abah dan mama tak tau mana zarith pergi masa kelas rehat.
______________________________
Sekitar sesi taklimat didewan besar sekolah..Dewan ini pun kena bayar yuran rm40 setahun.Mahal betul sekolah ini.Tapi tak per,demi zarith abah tetap abah zarith..hehehe
Nampak gayanya zarith mengepalai rakan2 darjah satu intannya.Bermula dengan sorang kini sudah menjadi ketua bagi kawan2 dikelasnya..bukannya nak dengar taklimat tapi dia pulak bagi taklimat kat kawan2nya..mesti taklimat tentang ultraman lawan power rangers tuh..
Begitulah sekitar hari pertama zarith kesekolah.Bila dapat cium buku tulis zarith yang baru tuh,terasa sangat kembali kezaman darjah satu pada tahun 1980.BAu buku itu cukup abadi dalam diri ini.Hilang segala masalah-masalah dunia bila bau itu menusuk kedalam hidung ini.
Kepada zarith abah bangga dengan zarith.Abah pun kagum dapat lahirkan seorang insan bernama zarith.
Aku berlindung dengan mu yaAllah dan bersyukur dikurniakan seorang anak secerdik Mohamad Zarith Yusri.
Juga pesanan dari adiknya iaitu Adik Qamarul Fahmy Yusri
Qamarul doakan abang zarith selamat belajar dan besar nanti jadi orang berguna pada masyarakat.Jangan lupa belikan Qamarul cicakman yang besaq punya..Sat abg ekk,qamarul nak ambik ayaq sembahyang sat..
Tiga beradik yang memang power..Penyeri hidup kami Yusri and Yusro.
Tunggu untuk episod seterusnya.