Diumumkan bahawa,hari raya aidil fitri 2011 telah jatuh pada esok hari...so esok tadak posa lagi.. yahooooooo... dgr radio jer tahun ni utk pengumuman hari raya..
sufia pun naik heran pasal apa bila sebut raya semua orang suka..tambah2 yg belakang sufia tu.
tapi dua org ni plak sedih pasal posa dah habis..tak dapat lagi nak posa esok..
lepas sahaja HM tau esok raya,langit HM dihujani mercun yang bertalu-talu.meriah sungguh kali ini
pelbagai jenis mercun dipasang dgn beratus2 RM terbakar diudara.
the yusris tetap bermain dgn bunga api biasa shj..cuma berebut nak cucuh..
pelita tu pun terpaksa pinjam jiran sebelah..
apapun kita 'serang' habis habisan 'musuh' kita dari sini..
fuiyooo keadaan semakin 'tegang'..bertalu-talu menembak
asap berkepul2 diudara,zaith dan qamarul tgh asyik nak tembak diorg
qamarul buat simbol ? .....heran sufya dibuatnyer
cantikkan bila dishoot dgn DSLR ni..warna warni HM dibuatnye
gambar2 ni dishoot oleh iji..ada skill gak ayah cik diorg ni
Hari sabtu 28.8.11 kami sekeluarga pulang kekg..sorry cerita tak ikut aturan..perjalanan agak lancar dan tenang..kami singgah solat zohor di kg kelip-kelip kuala selangor..
Masjid ni dulu agak usang,lani dibina masjid baru yg lebih terserlah kemodenannya.
qamarul sedang mencari port nak makan la tuh..takut org nampak dia tak posa..zarith dgn tenang mengambil wuduk.jgn terminum air wuduk erkk.
ameer pun sama...usha kamera nampak,nak minum sikitlah tuh...emak diorg sedang BB kat sapalah tuh..
la kat sini dia buka posa...kantoi qamarul disitu.
teruskan perjalanan ke kg halaman..lori ni tak tau sapa punya.
sampai dikg bonet kereta tak boleh buka..geram betul.terpaksa bawak kebengkel dan kena rm30 nak bagi bukak..cina tu dpt duit raya dulu nampaknya..sham baru balik dr kerja dgn org rumahnya.
anak sham pun tak posa erk...setelah berjaya dibuka bonet tu,terus aku pulang kerumah berehat..penat drive oo.
petang tu aku kerumah andak disg keli nak bagikan sedekah kawan iaitu loqman berkenaan mesin waterjet ke masjid kg sg keli tu..seronok andak dpt jaga mesin ini utk kegunaan masjid nanti
bila malam menjelma,semua tgh prepare nak main mercun..apak dok usha jer bila nak start main mercun ni..mercun yg ada malam tu ialah mercun KLCC dgn pop jer..
qamarul pun nak try gak..mcm pedang star wars pun ada..
huiyoo zarith dpt buat bulat..bestkan
pelbagai aksi qamarul dgn mercun tembak2..sambil ayah cik nya menjaga keselamatan anak buahnya
baru nampak bulat zarith...diaorg bertiga sedang mengecas power nampak
inilah dipanggil light painting..melukis dengan cahaya..qamarul sedang membuat huruf C nampak..
begitulah malam pertama kami sepulangan kami kekg menyambut raya.