Tuesday, March 15, 2011

cuti sekolah

Cuti sekolah ini kami pulang kekg halaman yang sekian lama tak menjenguk..sambil tu kami ke rumah kenduri abe jiran kat subang 2 ni di sungai besar.Jauh kedalam sawah rumah pengantin ini..sejauh mata memandang.

Ini lah abe bapak pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan keduanya nanti.

beginilah kemeriahan kenduri pada hari itu.menu yang menarik dan sedap.

kelihatan jali sibuk mengambil makanan.itulah dia pengantin yg juga ustaz kepada zarith dan ameer iaitu ustaz wan dan isterinya


kak zah sibuk berlabun dengan kawan2nya.begitulah indahnya sawah padi di sg besar.

singgah dimasjid menunaikan solat zohor disini.

setelah kekenduri di sg besar,kami ke sg keli untuk menghadiri kenduri dirumah saudara belah emak..lama tak masuk kekg dimana aku dilahirkan dahulu.

serangga ni memang ajaib..hanya Allah yang berkuasa menciptanya.dari badan kebuntutnya hanya disambungkan dengan seutas saluran sahaja.mmg hebat kejadian Allah ini.

inlah saudara belah mak yang berhimpun dirumah kenduri.hebat2 diorang ni.

kami pergi pun dah pukul 3 lebih so dah lengang lah majlis pada hari itu..tp sempat makan bubur kacang yang enak.

setelah habis makan kami pulang nak main game nintendo wii yang best ni.satu2nya game yang membuat kita berpeluh sekali seperti bermain dipadang yang sebenar..so tak payah ke gymlah nampaknya.

HUtan melintang yang banyak berubah sekarang..mari kita tgk apa perubahan yang semakin mencengkam rasa ini.

bandar simpang 4 yang semakin sibuk dengan kenderaan termasuk kenderaan aku gaklah.

sudah ada billion di sana..tak lama lagi tesco dan giant plak akan dibuka diHM


zaman kanak2 yang hanya datang sekali sahaja.memang cool diorang dia main layang2 aku yang dibeli di pahang hari tu..so pada hari ini aku sedekahkan pada diorang ni agar dapat meraikan zaman kanak2 diorg dengan lebih bermakna.


antara dua zaman.anak2 dikg yang bermain dengan permainan yang mengasyikkan dengan langit dan bumi sebagai padang permainan mereka.sementara yang diatas kereta itu yang padang permainannya di depan komputer sahaja.

bila dua zaman ini bertemu,pasti ada kemeriahan yang tercipta yang hanya mereka sahaja yang dapat merasainya bersama. semoga kalian semua dibimbing kejalan yang diredhai.

Sunday, March 6, 2011

kenduri mak long siti

Kenduri rumah mak long siti pada 6.3.2011 di ampang selangor.Lama dah tak kesana melawat mak long sekeluarga..hari ni kenduri anaknya yang kembar bersama dengan suaminya..yang kembar sorang tu jadi pengapit dan akan berkahwin bulan 11 tahun ni rasanya.

Disinilah rumah maklong siti..kelihatan mak long dengan abg mie menyambut ketibaan tetamu di hadapan majlis kenduri tersebut

Umai dengan leman sedang melangut menanti ketibaan tetamu jugak ker?

mak cik esah mak leman dengan kak mar kakak umai...

sedapnya diorang makan sampai tambah 3 kali ameet ooo

bobby baru sampai..

meriah dengan makanan serta tetamu

macam2 pesen diorg bergaya pada majlis kenduri ni

anak2 leman makan eskrem...kaya orang jual eskrem hari ni

kakak-kakak umai bergaya dihadapan lensa..macam dara gitu..pirahhhhh..hehe

suasana pelamin yang serba merah

aikk..pengantin belum sampai dah balik dah?

macam biasa deejay kenduri..kelihatan mak2 orang bergaya dibalik tabir ..cute2 semua

Makan pun kena catu...tapi sedap

Pengantin perempuan sedang menunggu pengantin lelaki..

Saat disatukan..menjadi dua..akhirnya menjadi 10

saat manis yang baru bermula..

meriahkan mereka di raikan dimajlis raja sehari..teringat masa aku dolu2

habis kenduri kami ke Berjaya Times Square lepak2 dengan anak2 semua..berkilat juga lantai BTS ni erk..

Ingat nak ajak naik roller coster tp tak sempat..pasal roller coster tu dah jalan jauh dah.

Setelah selesai semuanya kami pun pulanglah kerumah...untuk misi seterusnya..