Friday, February 4, 2011

Chinese New Year

tahun ni kami beraya kerumah atuk chin dicheras dgn adik beradik jer..emak dan apak masih berada di kuantan menjaga ajah yang baru lepas bersalin..

singgah dimasjid PGA di cheras sebelum meneruskan perjalanan kerumah atuk chin.

Saat saat keriangan di sini bersama bobby dan ismail..sama plak muka bobby dgn mail

setibanya kami dirumah atuk chin yg masa tu tgh baik je tido..penat kot masak dodoi malam td kot

bobby sekali tgk mcm anak cina pun ada..dok menyambut ketibaan kami je gaya nyer.

Atuk yang dah semakin uzur dimamah usia.Dah bertongkat kaki 4 dah sekarang ni

mail yang dipegang oleh uncle dari singapore..geram dia kot tgk si mail ni

suasana dirumah atuk yg meriah dan seronok..dpt angpau oooo

bobby dah start nak menarila tuh erk

setelah habis dirumah atuk kami singgah lagi sekali untuk menunaikan solat asar disini.

Cantik masjid ni dengan latar depan bunga tu..

kami reramai menuju ke KFC dekat kolam renang di cheras untuk makan KFC bersama-sama.Kutip sorang rm20 utk meraikan 'family day' disini..sekali bujet lari pasal tersalah beli pakej mahey punya..yang penting gumbirakan

semuanya tidak menunggu lagi terus baham KFC.yelah kat rumah atuk nak makan nasi tak boleh..atuk siap cakap nak masakkan kami nasi dengan ayam lagi..tp tipah kata tak payahlah pasal ayam KFC dah tunggu kat stadium katanya.

Mail yang masih belum dapat kaki lagi..nanti bila dapat kaki kita smack down reramai erk..

muka mail yang selamba dan penuh tanda tanya.asyik nak marah jer gaya nya erk..


Makan-makan bersama geng Persis86 di batu caves..ramai kengkawandtg meraikan saudara fuad kita yang baru balik dari england..

tp siang sebelum malam tu aku gi bank islam..bengang pasal kes aku masih dok dingdong lagi..yang rugi aku jugak.

Idea ditepi highway

Sementara menunggu anak balik dari sekolah,aku dok kat tepi highway mutiara dsara dok melihat dunia dari sudut hati aku..sibuk highway ni sampai kenderaan tak putus bertali arus..

disebalik melihat kesibukkan jalan raya ni,terpandang bangunan belakang tu yang dipunyai oleh Mofaz,sipenjual kenderaan mewah..Hebat syarikat ni..terasa seperti kerdilnya aku disini.apalah kehebatan dia sehingga dapat mendirikan sebuah perniagaan yang hebat begini.

Walaupun begitu,kelajuan kenderaan yang mengejar masa begitu mengasyikkan.apalah yang dikejar mereka kesana kesini sehingga diorg tak nampak aku disini.

Kelajuan yg dikejar itu akhirnya pasti terhenti bila nyawa ditarik nanti..tapi aku,mana aku nak pergi sekarang..masih tersekat disini meniti hari tanpa titi.

Sebelum loceng sekolah berbunyi,baik aku teruskan perjalan yang pendek ini sebelum sebuah perjalan panjang menjelma..