Argentina vs german..apalagi kami balik kg HM la nak tgk bola kat menara condong teluk intan.
huiyo,...depan rumah dah lapang gila.boleh parking lori oo
petang tu kami pergi kesekolah china keow min dimana aku pernah dibesarkan. Dulu sekolah ini macam muram jer,sekarang sekolah ni dah cantik dan menarik.kelihatan zarith dan amet merayau menikmati kehidupan masa kecil ayah nyer dulu.
sekolah ni cukup memori bagi aku.kenangan susah senang bersama ayah dan ibu cukup lekat dihati ini.sekarang aku dah besar panjang dan kini kembali lagi melihat persekitaran yang pernah aku besar bersama.
gambar dibelakang zarith itulah tapak rumah dimana aku dibesarkan.Padang permainan bolakeranjang dimana aku menikmati zaman kanak2 aku bersama ah tiam,ah kin,ah leong dan ramai lagi.
disini kasih aku bersemi 30 tahun yang lalu.
gelagat diorang ni membuatkan aku kembali kezaman kanak2 yang amat mengasyikkan.
cantik sungguh pemandangan disini..dibelakang motor itulah rumah ah to dimana aku selalu bertanggak main spider..
persekitaran sekolah ini yang mengimbau kenangan lalu.
acara lari 200m oleh the yusri's JR..
Inilah kilang oren sarsaparilla atau air oren botol kampong (air laminet).dulu aku pernah kerja partime kat sini.Tapi kini sudah tidak berfungsi lagi.semuanya dalam kenangan.
aham dengan kereta barunya..alza.sebelah tuh kereta aku perdana..mcm tak tau ekk?
rumah opah alang yang dalam proses pembikinan baru..so sementara ini terpaksa menumpang di bahagian bawah rumahnya..
bila malam menjelma kami ke TI menonton bola sambil makan durian percuma.ramai sungguh orang pada malam tu.
beratur mendapatkan durian percuma..tp sayang aku tak dapat nak rasa pasal durian tak cukup.
beginilah dunia TI yang meriah..3 screen besar utk menonton perlawanan pada malam tersebut.
piala dunia yang dibawa dari afrika selatan..
german go german..
bersama rakan yang sentiasa bersama kemana sahaja.
begitulah kami di 'afrika selatan' pada malam tersebut.
sekitar negara2 yang telah kami lawati.
bandar bermandikan cahaya..