
Wajahmu akan aku rindu selamanya. Aku solek dirimu mengikut kemahuan ku.Aku selalu berdoa agar dikau terus hidup bersama ku ..tangisan ini tidak dapat mengubah perpisahan kita.Malu kerana aku kejam pada mu,meninggalkanmu pada usia 5 tahun..aku tidak lagi mampu untuk memandang kehadapan bersama mu..maafkan aku.
Setiap ruang mu ku isi dengan pelbagai hiasan agar setiap insan yang datang pasti akan tertawan.Aku mahu membesar bersama mu sehingga keakhirnya.
Tetapi jodoh kita tidak bersama untuk selamanya.Aku dengan rela dalam keterpaksaan melepaskanmu kepada ayah baru agar didirimu terus terbela dimasa akan datang.
Kepada 'anakku',sementelah dirimu didalam dakapan ayah yang baru,aku akan teruskan mendoa kejayaan mu.Apabila dirimu berjaya kelak,jangan dilupakan aku yang pernah susah payah untuk membesarkan tanpa sebarang habuan yang aku perolehi.
Ruang ini adalah ruang aku merehatkan diri dan juga merendahkan diri kepada Allah.Doa sentiasa kupohon agar dikau dapat terus hidup bersama ku. tetapi perancangan Nya lebih pasti dari perancangan ku.
Makan dan minum aku disini sentiasa enak bersama mu.Adik-adik aku dapat menumpang teduh bersama aku disini.Segala kelengkapan hidup dan perkakasan mereka engkau simpan sebaiknya.
Aku juga dapat menghiburkan diri bersama mu.Engkau begitu menghiburkan aku walaupun terseksa didalam diri.
Dimeja itulah engkau menyampaikan rezekiNya kepada aku.Setiap hari ada insan yang datang berkongsi rezeki bersama kita agar kita boleh terus berlari walaupun agak terjengkut-jengkut. Pelarian kita semakin hari semakin memenatkan....adakah ini petanda yang kasih kita setakat disini sahaja?
Sebelum mata ini tertutup selamanya,aku pasti akan merindui saat-saat bahagia kita selama dikau bersama ku.Aku akan merindui malam ku yang selalu bersamamu walaupun hujan petir sekalipun.Hari minggu aku tidak pernah kemana selain menjagai mu. Aku pasrah bahawa aku terpaksa lepaskan juga dirimu kepada penjaga baru mu. Adik-adik aku juga pasti merindui saat bersama mu lagi.Bila mungkin kita akan ketemu lagi?
Untuk mengabadikan kisah kasih aku pada mu ,lagu ini adalah lagu perpisahan yang pastinya menghambat kenangan kita bersama.YaAllah ya Tuhanku,aku redha dengan ketentuan mu.Aku mengerti yang Qadha dan Qadar itu adalah hak mu.Aku cuma merancang tetapi engkau yang tentukan. Kepada Redhuan, engkau lebih daripada seorang kakitangan,engkau banyak berjasa kepada kehidupan kami.
Semoga Allah memberkati kehidupan kita hendaknya.