Wednesday, July 30, 2008

Sabah:Journey with heart


tANGGAL 25.7.08 adalah hari paling bersejarah dalam hidup ini.PErtama kali dlm hidup aku menjejaki sbuah kapal yang dinamakan kapal terbang...Pengalaman ini adalah kesinambungan perjalanan menuju ke sabah negeri dibawah bayu..


Masa ini adalah ketika berada di LCCT sejam sebelum penerbangan berlangsung..aham lah org yg mengantar kami ke sana..masa ni dok mkn burger yg dimasak oleh MC YUSRO..pakej perjalanan dgn hanya berbekalkn rm350 shj..so semuanya berjaduallah..inilah jurney yangpaling jauh pernah aku lalui bersama anak2 dimalaysia ini.

Masa semakin hampir utk melangkah masuk kedlm perut kapal terbang.ketika ini dibalai pelepasan diLCCT.Kelihatan enoi dgn familinya pun join sama jurney from heart ini.Enoilah yg bnyk mengover perjalanan ini termasuk mkn minum n so on..tq enoi.Hutang tetap kena bayar gak ekk..

Punyalah tak pernah tgk keadaan didlm balai berlepas,ada ruang jer kita tangkaplah gambar..ada kedai tu nama dia DAIM..ingat daim zainuddin punya kot.Zarith adalah pelakon paling aktif hari tu kerana teruja nak naik kapal terbang..bapak dia lagi teruja.
Masa semakin hampir menuju ke kapal terbang..hati berdebar2 menunggu saat itu.3 org ultraman ini memperlambangkan betapa keterujaan bapanya menghadapi saat2 itu..Besar juga kapal terbang tu.Lihatlah keterujaan wajah2 keluarga kami...nikmatilah..


seronokkan bawak family gi jejalan..anak2 tu mesti rasa abah dia best kan..takpalah ini masa diorg..esok pun masa diorg gak..hehe

masa mendarat pun kian hampir..sabah kini didepan mata.kesoronokkan dan ketakjuban melihat alam ciptaan Allah diudara cukup menginsafkan.

Inilah lapangan terbang sandakan yang amat cool..suasana selepas hujan di sandakan.sejuk dan menyejukkan.best oo sandakan.LAni time bapak2 kena dukung anak..dunia sudah berubah dah maju dah cik yah oooii..



gambar ni disekitar tmn negara sepilok tempat orang utan dipelihara secara semula jadi..best oo tgk org utan kat sini.diorg hidup tanpa dikurung dan sporting sekali..so selain dari orang utan kat sini,orang hutan melintang juga ada kat sini sambil tangkap gambar.Nak masuk sini dikenakanbayaran rm5 dewasa dan rm2 kanak2.kamera sahaja rm10 tau..tgklah gambar2 yang ada diatas.

Ini adalah gambar isteri kepada orang utan tuh..iaitu org utan melintanglah..dia yang lebih teruja tgk org utan tuh.Gambar sebelah tu adalah masa utk org utan makan..diorg makan 2 kali sehari iaitu kul 10am and 3 pm..so masa nilah ramai pelancong dtg melihat kerenah org utan ni..Tp masa makan org utan melintang tak tentu..ada duit jer baru makan..


Ni adalah org utan yang dah jinak...posing dgn anak2 masing2..onie cute jer.

masa ni on the way balik dr tgk org utan makan..tgh jln kena roadblock dgn anak2 monyet yg nakal2 tuh..so selepas diberi rm0.20 sorg,maka perjalan menjadi lancar.beruk yang sekor tuh adalah juru tol kat situ nama dia ATOI..

Ini adalah kereta yang digunakan oleh orang utan utk kebandar..hehe.satu2nya dimalaysia kereta yang mcmni.betul2 doraemon sampai ultraman2 ni pun bergambar dgn kereta unik nih.

Ini adalah perjalan menuju ker rumah yusnita di lahad datu.. pekan ini dinamakan pekan kunak.pekan ni memang cowboy sesangat..tapi cool gak area ni.sempatla beli keropok jagung made in sabah.sedap beb.


Ni adalah masjid yg terdapat dipekan tawau.susah gak nak cari masjid kat sabah ni.bnyk church disepanjang jln kesini..Tapi tak sempat nak solat kat sini pasal jadual perjalanan terlalu ketat.

ini adalah bazaar yang terdapat di tawau..ianya ada mcm2 jenis kain n pakaian dijual disini..harga dia kena pandai pilih.Enoi telah menghabiskan hampir rm1000 kat sini bei mcm2 utk dibawa pulang..harga utk brg kemas wanita dijual dlm lingkungan rm70 tp after less jadi rm23..jauh beza diakan.


Ini adalah rumah wak sarip.Wak sarip ni adalah class mate masa kat izzuddin dulu.Rakan kamcing and mengepeng dulu..so dia kini ada 2 org anak pompuan dan sorg isteri.Hari tu kami dihidangkan dengan lauk PAYAU iaitu daging rusa..sedap gila bini dia masak hari tuh,sup rusa.memang menjilat jari tau..tq wak sarip.

Lepas gi rumah wak sarip,kami pun meneruskan perjalanan ke sempoarna utk acara melihat laut di sabah.jauhnya perjalanan menuju kesana adalah lebih kurang 2 jam.penat gak acara perjalanan ni tp memandangkan sekali dlm hidup kami cukup teruja menjejakinya.tpt lawatan kami adalah di tmn hidupan lautan ditepi pantai semporna.best oo tgk ikan..Ikan kerapu dia bapak besarnya.mcm gergasi.nanti tgk kat video dibawah nanti.ada ikan douri and nemo dlm sangkar tuh..Masyaallah takjub tgk.


bawah ni adalah rumah yusnita..semua sepupu2 dok main kat depan komputer bapak ikmal..rumah agak besar dan selesa.Kami dptlah tidor semalam kat sini,..tp subuh mmg awal...4.30 dah subuh.lain sungguh rasanya bila masa tak sama dr semenanjung.Rumah tu adalah rumah yusnita diwaktu malam..masa ni tgh nak balik rumah tipah..

Inilah adalah rumah tipah di sandakan.pemandangan dari arah hadapan dan unser tuhlah yang membawa kami keseluruh sabah ...selesa dan mantap.

Masa ni adalah di terminal airport sandakan..dah nak kena balik dah.baru je nak rasa seronok dah kena balik.cepat sungguh masa berlalu.maybe nextime kita datang lagi.mungkin masa tu mak tipah and ayah ran pun dah balik semenanjung dah..adios and bon voyage utk ayah ngah and mak ngah diorg..





zarith mengulangkaji pelajaran dari tempat tertinggi didunia..mungkin berada pada 12k meter dari paras laut..




video ni masa berada di LCCT sebelum menaiki kapal terbang..teruja sungguh nak naik kapal terbang..




Masa ni sedang menikmati meggi atas kapal terbang..meggi tu berharga rm1300 termasuk tambang kapal terbang lah..sungguh kecik kita dibumi allah nikan..


Tuesday, June 17, 2008

ameer goes to school

hari ni 15.06.08 adalah hari sekolah ameer mengadakan hari keluarga..semua sekolah smart reader peringkat selangor telah dijemput untuk upacara kesukanan dan pesta kanak2..ianya bertempat di bukit kiara KL dalam stadium sime darby


Ketika dalam kereta menuju ke tpt tersebut.Siqamarul ni pun sebenarnya nak bersekolah tp tak cukup umur lagi..jd demi kerananya pakaikan jugaklah baju sekolah yg ameer punya dulu2..topi keselamatan tak dilupakan..bob the builderlah katakan..

sampai kat stadium tu kelihatan org dewasa dok asyik main lawn ball..first time tgk game ni depan mata..macam boring jer game ni..

Masa ni ameer dalam group sekolah dia..ramai plak awek kat sebelah dia..peace tak pernah lengkang kalau tangkap gambar..mcm mak atoi dia dolu2..siqamarul nak juga bergambar dgn cikgu2 ameer tuh..jari tetap peace gak..tp kalau menangis abah dia jugak yang teruk..


Firstime qamarul berana dgn badut..itupun paksa2 jer bergambar dgn singa tuh.jadilah ekk qamarul,nak main game takleh dapat main dgn singa pun jadilah..singa tu plak buta,habis semua dilanggarnya



MAsa ni tgh praktis menari.siameer tetap dgn cewek2 nya.anak ayahla katakan.masa ni belum start lagi sekolah dia utk mmbuat persembahan.Cikgu dia senang menunjukan skill tarian..ganas gak cikgu diorg ni ekk.

Masa ni dah habis program ameer dalam stadium tuh..kira dah nak balik dah.Ameer dapat medal pasal dapat no2 dalam pertandingan lari atas kaki ayah masing2..jenuh juga nak bawak ameer lari..manjang salah stepnya.nanti tgk dalam clip video dibawah..lama dah tak bersukan..

mama dia pun nak interframe jugak..kira nak tangkap gambar dgn pemenang kedua kejohanan siamer rafique yusri..

Sunday, June 8, 2008

kenduri encik siah

pada 31/6/08 kami gi kenduri kat rumah encik di sg buloh...perkahwinan antara si yan dgn seorg lelaki ..gambar diatas masa sedang menunggu pengantin sampai.jd amet dgn qamarul main TOO SOM teka pengantin mana yang sampai dulu..

Ini adalah UCU Ghatum..posing depan rumah pengantin sambil tunggu pengantin..layanzzz

NI gambar encik siah juga sedang menunggu sang pengantin.Gambar ni ditangkap secara tidak disedari..candid. tah apalah yang diborakkan tuh ...
Dia ni merupakan artis jemputan pada hari kenduri cik siah hari tu..dia telah berganding dgn encik enoi menyanyikan lagu yg dibawa oleh m.nasir dgn mawi iaitu lagu jiwa lagu cinta..nyanyifree jer..janji layanzz sambil kena basuh periuk kat belakang..

Yang ni pula abg kepada sipengantin handalan hari tuh iaitu abg atan..(nama betul fuad) danyang belakang tuh pakcik dia iaitu ucu epon..dua org ni dok sambut tetamu sambil bersalam ada makna nya..dgr cerita banyak collection betul ker?

Beginilah pandangan dari jarak depan suasana kenduri hari tuh..rumah baru dengan pengantin baru.menarikkan kalau dapat kenduri lagi..hehe

Pengantin lelaki mula masuk keperkarangan rumah pengantin perempuan.ramai gaklah geng2 diorang datang serbu..masa ni aku dok belakang dok layan pinggan mangkuk..Inilah sang pencinta pengantin baru kita..pakaian dua sejoli...pengapit lelaki tuh adalah anak yop isa yang no 1..dah besor dah anak dia..

Duduk diatas pelamin angan ku...hari2 kedepan lagi getir untuk ditempuh..semoga selamat menuju kedestinasi hendaknya..

Sekitar gambar awek2s yang hadir hari tu..gua cuma tgk dari jauh jer..

dan akhirnya ultraman terpaksa buka baju kerana panas tgk org kawin....oklah sekian adanya untuk kali ni...

_____________________________________________

Inilah persekitaran tpt makan beradab raja sehari...



Inilah penghibur paling best hari kahwin tuh..org tua ni 'sental' sikit...org suruh dia menari terus dia berjoget..last2 sakit pinggang..lawak gila tgk org tua ni...
..harap org sabah terhibur dgn hiburan ringan ni...