Sunday, February 10, 2008

gong xi fa chai

hari tu kami sekeluarga bersama keluarga atoi berangkat kerumah atuk chin di cheras sempena tahun baru cina..lama tak gi menjenguk atuk chin kat sana..kami bertolak kesana lebih kurang kul 6.30pm dan sampai kul 7pm



Sikamarul menerai baju baru yg abah dia beli kat kedai depan taman rumah.NAk melaram gi beraya cina lah tuh.Baju ni bukan baju mahal sgt.kira2 dalam rm80 utk 3 pasang baju.ok lah yedak mak tipah ekk..nanti mak tipah nak bagi lg baju sabah dia tuh. Amet pun sama try baju baru.serba merah semuanya.

ketika ni dalam perjalanan kerumah atuk chin.semuanya mcm tak sabar jer nak kesana..sikamarul diam jer dlm perjalanan.mungkin teringat kat moyang china dia kot..yelah diorg ni semua adalah cicit atuk chin.si mak cik achin tak ada kat rumah pasal dia beraya kat rumah mertua dia..mcm biasalah cina tradisi mesti beraya rumah husband dulu.


tulah gambar keluarga den dgn keluarga atoi.sorg tu adik bob dan sorg lagi tu adalah mak bob.Yg hero 2 org tuh adalah ultraman tiga anak sedara kepada pak ngah reza dan ayah ran.
Sebenarnya atuk malu nak bergambar dengan kami.dia kata aku dah tua dan beruban dah,tak payahlah tangkap gambar aku..kata atuk kepada kami.semua org gelak jer bila atuk cakap mcm tuh.ni pun curi2 jer tangkap gambar dia..dia dok kat dapor ingatkan buat apa,sekali tgk tgh mengumpulkan duit angpau utk semua org.best ooo dpt angpau dari atuk..pakcik yg atas rumah tu pun bagi kami angpau..penuh poket angpau kami..jgn jeles mak tipah ekk
Ini adalah gambar terseksi yg pernah dirakamkan dari atuk chin.tak taulah masa muda dulu mcm mana seksi dia..hehe.tapi memang bestkan ada 2 budaya bertembung tetapi cukup mesra ikatannya.atuk chin mmg best and mmg world sekali.Pakcik atas tu dtg dgn bini and anak lelaki dia.PAkcik tu ckp anak dia masuk askar..heran juga umur baru 20 dah masuk askar.sekali tanya kat anak dia rupanya masuk askar as a kokurikulum kat UPM rupanya..yelah seorg ayah bangga anaknya berjaya..mcm jugak apak kat kg tu gakkan..

Beginilah meriahnya ketika berada drumah atuk chin..semoga pertalian zuriat begini mewarnai kehidupan kita sekeluarga sementara didunia ini..

Sekian adanya

Tuesday, February 5, 2008

Bersama diperkampungan kusta sg buloh

Hari ni den kena gi lawat tapak projek UITM yang akan didirikan di belakang hospital sg buloh.
Besar sungguh projek terbaru utk pelajar2 UITM bagi sekolah perubatan mereka.

Ini adalah tapak yang sedang digondolkan utk projek tersebut.Utk pengetahuan,tapak ini
dahulu adalah perkampungan bagi org2 pesakit kusta.Habis rumah2 tersebut dirobohkan dan pernah terjadi mogok sebelum tapak ini diluluskan.

HAbis tgk tapak ini,kami pun bergerak lagi kedalam perkampongan mereka utk melihat dunia yang pernah disorokkan dr pengetahuan umum.PErkampongan mereka cukup exclusive kerana segalanya mereka ada baik dgn masjid dan gereja,padang,panggung wayang, balai polis dan mcm2 ada kat situ.Gambar tu pemandangan sekitar tpt nak masuk area diorg.YAng sebelah tu adalah dewan org ramai utk pesakit kusta disitu.Memang klasik jer tpt dia.
Ini rumah tinggal yang ada kat situ..diorg ni pandai buat bisnes.diorg ni adalah peniaga bagi pokok2 bunga dan sebgainya..nursery yang berjaya.Banyak pokok2 bunga dibela dan dijual kat sini.Tptnya agak terpencil tapi ramai org dtg kesitu.
Rumput pun ada dijual disini.Kira power gaklah org2 kusta ni.Lagipun penyakit diorg ni dah ok
dah.so bolehlah campur dgn diorg.Rumah diorg simple jer.ada bilik air and bilik kosong jer.tak der bilik tidur pun..KEsian tgk diorg ni.



Tapi yang lagi menarik kawasan ini adalah tanah perkuburan mereka.Pehh mmg cantik sungguh tanah perkuburan tu.Mcm sebuah taman yang cukup indah.Mcm tak percaya jer itu kubur.Kalahlah tanah kubur kat hutan melintang tuh..

Ini adalah jalan masuk ketanah perkuburan tersebut.Kubur diorg ni betul2 terletak kat atas bukit tuh.

Sekarang berada atas puncak bukit di perkampungan kusta tersebut.banyakkan kubur2 pesakit kusta nikan.Boleh dikatakan mereka ni kaya2 gaklah..yelah kubur pun mengalahkan taman jer..Sebenarnya diorg ni adalah anak angkat kepada sultan selangor yang meninggal tuh.so banyak tanah2 disitu diberikan kepada mereka utk mereka menetap seumur hidup.

Berposing dihadapan kubur2 tersebut.Suasana disitu pun mmg best.Sunyi sepi jer.ada kubur yang baru dikorek utk penyewa2 yang baru kot.

Disinilah terletak pesakit2 kusta yang kronik.Mereka ditempatkan disini sampailah mereka mati.Org tua yg memimpin basikal tu pun kata 'lu olang mau tgk org mati ka'..yang lawaknya org tua ni bukan nak naik basikal tu..dia cuma pimpin jer.tak tau kemanalah agaknya dia tuh.Apek tu agak teruk kena kusta.habis jari dia kena makan dgn kuman kusta dan telinga dia pun habis sebelah.
ini adalah kedai makan disekitar kawasan tuh.amoi yg beli makanan kat kedai tu mungkin cucu apek kata atas tadi kot..comel gak cucu dia tuh..tapi cucu dia free dr kusta..kira boleh adjustlah..hehe

Ini adalah hostel bagi budak2 kolej jururawat dihospital sg buloh..sampai sini kami pergi meronda nak tgk sg buloh dr dekat.Ramai student2 nurse menetap disini..lawa2 gak nurse kat sini.tapi tak berani nak kacau pasal .....tak tau apa pasal..



Cliklah dan lihat lah video disekitar kawasan tu..cantik menarik rasanya tpt itu..
sekian adanya

Kejor yop kejor

MAlam minggu hari tu ada game perak lawan selangor kat stadium shah alam..Boring dok kedai maka pakat dgn kawan kitaorg gilah stadium nak tgk bola..gian plak nak tgk bola.Yelah nak tgk liga english tak minat plak..so member dtg dgn bini dia pakat gilah sana.


masa game tu nak start hujan pun pakat turun..agak lebat gak lah hujan masa tuh.ramai org perak turun masa tu kecuali 2 org yg ada kat sabah sana tuh...sebelum masuk stadium maka posing sat dgn kawan..
tudia kawan nama kamal dok posing dgn binik dia..den gaklah layan
sorg.
masa ni game baru start..syok gila and baju perak lawa mlm tuh..baju hitam belang kuning.masa ni sapa pun tak kenal.nampak kelibat org berlari jer.best gila tgk semua org bising sokong pasukan masing2.tempat duduk den kat belakang gol selangor..

nilah rentetan kemenangan pasukkan yop..mula kena score 1-0,pastu 1-1,then kalah lagi 2-1.lagi pastu perak score jadi 2-2...memang debar gila tgk bola masa tuh..

start je 3-2 selangor mula tumpul arah.dlm paper beria kata perak akan dibelasah dgn kehadiran alie aiboy..belakang alie aiboy tercungap2 kejor bola..power nantha kumar kaki panjang tu lagi.bila perak dah score 4-2 penyokong selangor mula nampak jalan menuju kerumah..sekor2 start keluar stadium..padan muka diorg.

inilah kelompok penyokong perak tgh syok meraikan kemenangan.lagu rasmi 'ipoh mali tatak sombong' best gila..angin jer penyokong selangor..apalagi tangkap gambarlah berlatar belakang geng perak tuh..rasa mcm kat stadium wembley plak rasanya..
MAsa balik tu kat luar stdium banyak plak org jual baju bola..banyak baju kanak2 dijual kat situ.apalagi terus teringat kat kamarul..so jadilah dia model baju bole pasukan perak.seronok dia pakai baju baru..cuma satu jer dia tak boleh cakap ayor lagi..dok cakap ayaq jer..so tulah activity untuk minggu ni yg agak Ok gaklah..tiket pun free member belanja..burger pun rm2 dlm stdium tuh..udahlah keras rotinya..layan jerlah ekk
Live dari semenanjung untuk semua..
aksi permulaan permainan dengan kehangatan yang hangat.