Monday, January 14, 2008

Balik kg 11.01.08

Hari jumaat 10.01.08 kami balik kampung..lama tak balik since raya haji hari tuh..
sampai pun dah malam kul 12am..
seronok plak ultramans nak balik kg..ialah nak main PS2 lah katakan.zarith tidor pun peluk PS2 risau hilang..
Sampai je rumah tgk ada motor baru kat rumah..apak beli motor baru....lawa motornya..



apalagi siamit dan qamarul mencuba motor baru atoknya..apapun qamarul gaklah kena naik motor lama atoknya..janji motor ekk qamarul.. atuk dia syok tgk cucu2nya menerai motor baru tuh..honda special edition oooo.bapak dia pun menerai gak pusing2 kg dengan ultraman semua.mak atoi taknak try ker?

Gambar tu adalah qamarul dgn cucu dahari org kuat hutan melintang...ayah ran mesti kenal pakcik dahari tuh..geng basuh pinggan kendurilah kata kan..
gambar satu lagi tuh adalah gambar tupai yg dok merayap kat depan rumah..si amit yg perasaan tupai tuh...apalagi siqamarul terus kejar sampai lari tupai tu ikut wayar letrik tuh..ialah mana nak dapat tgk tupai kat subang..

Rupa2nya hari ni 12.01.08 adalah hari jadi mak..si mak min yg bgtau..patutlah rasa nak balik jer minggu ni..Apalagi kak yong pun pakat dengan mak minlah pegi beli kek..sementara mak gi kenduri tok sidang jeney tu,diorg senyap2 gi tempah kek..tulah kek yang terbaik utk emak kot.. inilah kali pertama kami meraikan hari jadi mak kat kg..mungkin ni kot hari jadi mak yang disambut bersama cucunya..apak siap tukar baju melayu nak interprem gak.Best plak rasanya.

Qamarul org suruh bergambar dgn atoknya dia takmau..dia nak buat gaya power rangersnya aje..tapi atok dia steady jer.sizarith dok melentukkat bahu atuknya ..manjalah konon.
Masa dok nyanyi lagu happy birthday kat nenek dia,sizarith dah standby nak tiup lilin tuh.Belum habis lagu tuh and belum sempat nenek dia nak tiup lilin tuh terpadam sendiri..rupanya ultraman dah tiup siap dah,..tak taulah bday nenek ker bday zarith..apapun janji bdaykan zarith..

Masa ni apak dgn mak digandingkan utk memotong kek yang pertama dalam hidup mereka kot...walaupun mak selalu marahkan apak,yang penting kasih tetap kuat sekuat zarith mengalahkan adiknya qamarul..kadang2 amit pun geng zarith dok lawan qamarul.mana aci qamarul sorg lawan 2 org..

Sepatutnya ada video hari jadi mak kat sini..sekali terdelete..aduh sayang pasal semua ultraman menyanyi utk neneknya dengan penuh kasih sayang...

Nanti kita rakam lain ditahun hadapan..mungkin ayah rannya akan membuat rakaman istimewa ni..sekian adanya

Thursday, January 10, 2008

Awal muharam

Percutian Muharam hari tu pegilah ker taman tasek titiwangsa..ini pun secara tak sengaja..mula ingat nak gi HPDIY Hq ambik barang sekali mak dia ajak gi spital tgk abg dia sakit..pikir2 oklah sementelah ada masa sikit...

Ni gambar bapak qamarul fahmi yodhoyono on the way nak ker KL lah..so dia punya xcited nak berjalan tuh..kira ingat nak gi Bali kot..So wajah terbaru qamarul versi Bapak cukup menarik.Apapun tangan power ranger tetap kena tunjuk as a trademark...

Klik untuk besarkan
Selepas drop mak dia and nenek diHKL,kami pun apalagi henjut gi tasek titiwangsalah..Ingat nak lepak sementara tunggu mak dia habis di HKL,sekali ketua ultraman 3 ternampak roda pusing tuh dari jauh..dia siap bg option samada nak gi petrosains or naik roda tuh..pikir punya pikir naik roda lg bagus kot...so apalagi kitaorg pun pakat kerodalah..
gambar tuh kira baru turun dr kereta lah di tasek tuh...hanya 2 ultraman saja yg posing and yg sikecik tuh merajuk nak dukung..patah bahu den dibuatnya..

(klik untuk besarkan)
Gambar ni dirakam sebelum menaiki roda impian dibelakang tuh.best ooo nak naik.so seperti biasa trade mark kena posing dulu.nilah kumpulan ultraman yg sepatutnya dilahirkan dijepun tapi tersesat kat hutan melintang.Masa ni barulah bapak qamarul menunjukkan aksi setelah berjaya dipujuk..(setelah bahu den merekah lagi kena dukung dia)..

Ni saat2 terakhir sebelum menaiki roket menuju kebulan..tanpa mengira orang2 disekeliling,mereka terus beraksi dengan gaya2 yang sukar hendak dibentuk lagi.Hanya ayah RANnya saja yang mampu untuk menewaskan mereka ini semua.Semua nya macam handal jer..ialah sebelum naik roketlah katakan,..



Sekarang tibalah masanya naik roket...seram ooo masa gondola ini meningkat tinggi..bapak dia dari tadi dok sibuk tangkap gambar,sekarang terasa lutut dah lemah..aduhhh gayat oo.. Masa ni rasa nak turun je dari gondola..nak minta orang yg jaga tu suruh berenti and nak keluar...3 beradik ni diam je masa pusingan pertama..lepas je pusingan kedua ni,diorg terus acah bapa dia dengan lompat2 and goyang2kan gondola tuh.Bengang gila dibuatnya.Udahlah bapak dia tengah gayat diorg acah2 je terutama si kecik berbaju hujai tuh..berani sungguh gegar2kan gondola tuh..lepas ni tak naik dah benda tuh..



Tekan Play untuk menonton
Beginilah serba sedikit gambaran perjalanan yang cukup menggayatkan.Baru diorang tahu gayatnya perjalanan ini..tapi diorg gayat sekejap jer..pastu aku gak yang keras atas kerusi control takut....


Masih juga beraksi selepas menaiki roket bulat tersebut.Dari muka takut masa naik tadi tapi sekarang tidak lagi..MAlah lagi teruk aksi yang dipamerkan..sikecik tu macam handal jer lagaknya..sekali cicak lalu nangis juga..
Itulah serba sedikit kisah cuti awal muharram 1429H...azam tahun baru ini agar hidup ini terus mendapat keberkatan dan kejayaan hendaknya.


klik Play untuk melihatnya
Aksi terakhir sebelum ibu mereka telepon ajak balik..3 beradik yang penuh dengan imaginasi yang cukup mencuit hati..

Tuesday, January 8, 2008

Sekitar perkahwinan mak atoi

Akhirnya mak atoi dah jadi hakmilik kekal orang lain...
Kini mak atoi bukan bergelar mak atoi tapi puan laila...macam jongket je bunyinyer..hehe


Kelihatan mak atoi baru sampai dirumah si suaminya iaitu BOB (nama timangan tapi bukan nama sebenar).Keduanya sedang menunggu azan dikumandangkan sebelum acara makan2 dilangsungkan. Akhirnya brother reza and brother shahran sudah ada biras lelaki sekarang..




Keadaan cukup sibuk hari itu.MAsing2 dengan gaya dan kelaku yang pelbagai..Apapun mak atoi tetap maintain dengan gaya jongketnye.. Berbaju merah tu adalah yop daniel yang terkenal dengan suara kormersialnya 'doraemon'.Dia cukup 'ganas' sehinggakan pak long dia pun tewas mengejut bergusti dengannya. Saddam berdiri dengan gayanya (tgh standby kot2 apak nak rebah nanti)



Ayah adam ni memang kesukaan anak2 sedaranya..sapa tak kenal ayah adamnya.tu yang dok berdiri kat tepi dinding tu tgh dok adjust nak minta ayah adam dokongkan..tapi ayah adam tgh adjust muka tuh..tunggu sat ekk qamarul



Sekarang acara sudah bermula.Semua orang sedang mengambil tempat masing2.MAk atoi mengorak langkah menuju pulau impiannya.

Ehemm....den pun nak bergambar jugak..mana tahan asyik tangkap gambar orang jer..Rasa macam pelakon pun ada..hehe.


Perarakkan keluarga BIN FIE menuju keistana mak atoi..Makan la apa lagi.Lapor yop


Ni dia raja sehari yang berlangsung dibawah khemah yang hebat.Kelihatan mak atoi tgh kontrol tangannya agar bunganya tak jatuh.
Semua orang nak kira makan aje.Apak pun sabar jer..Bilalah diorang nak ajak makan ni.
Sekian untuk kali ni..Ngantuk ooooo