HAri ahad lalu gua terserempak ada org main drift kat bukit jalil..apalagi join tgk jerlah..kereta buruk jer semua yang main drift.tp layan gak game ni..
HAri selasa 18.11.08 gua pegi istana budaya tgk drift gak..tp teater drift impak maksima oleh idham..Tak caya ker? tgklah gambar gua dgn mamat tuh..
Bukanlah nak tunjuk yg gua ni jakon giler dgn artis2 ni,cuma nak tunjuk yg gua ada jer masa tuh. ACtually diorg ni mmg power lah buat benda2 mcmni.heran jugak bila tgk teater diorg ni,mcmanalah diorg nak pikir satu episod ke satu episod yg lain.pening..
Masa pementasan tu kami tak boleh nak tangkap gambar...dilarang sama sekali.so tak leh nak kongsi lah dgn kawan2 cerita tuh..Pelakon utama mlm tuh adalah zarina AF,zul huzaimy dan dynaz..dynaz ni mmg lawa.anugerah Allah betul kecantikannya..tp tak sempat nak tangkap gambar dia.
So utk tidak menghampakan,gua adalah tangkap bebrapa props yg digunakan pd malam pementasan tuh..cantik sgt dan cukup briliant idea yang diorg gunakan,..so layannnnn
Poster impak maksima dan juga penaja rasmi tayar pada malam tersebut.gua cuma model rasmi bagi tayar tulah..
Cara pembikinan props utk pemsembahan mlm tu..susah gaklah keje diorg tu. emmm mlm tuh pemain biola (piano) adalah gua..gambar tu tgh practis 2 jam sebelum persembahan.
Ini adalah kerete yg digunakan utk drifting pada mlm tu.so pemandu yg digunakan adalah gua..yg sebelah tuh adalah pemandu simpanan bernama fairuz..(dia ni pengurus pentas yg cukup handal,mcm2 props dia buat kat pentas tuh)
Yang berbaju putih tu adalah patung yg digunakan untuk scene di kelab malam.kat sinilah dynaz menari tergelek2 sampai aku tersimbah air kat kepala pendekar mustar..yang sebelah tuh adalah antara props2 lain yg ada.
Ini adalah bilik tidor yg digunakan oleh zarina AF semasa sedang bergayut dgn DK (zul huzaimi). cantikkkan bilik tuh.So mamat yg duduk atas katil tu adalah Hero simpanan yg tak sempat diperkenalkan pd malam tuh.
Ini adalah kereta kedua yg digunakan utk drift pada mlm tuh.dan kereta ini mmg cool jer.bunyi dia mcm ribut petir..
Kereta ni pula adalah digunakan masa ending cerita ni.Kononnya diorg ni suka lumba drift yg giler2 punya sampailah menemui ajal..kereta sebenar tuh..tp dah memang beli mcmtuhlah.boleh buat bisnes ni supply props.Si fairuz sebelah tuh tak sempat nak betulkan seluarnya pasal baru keluar dari dalam kereta rosak tuh.
Kereta terbalik tuh konon2nya inilah kereta sebenar...tp diorg drift ooo atas pentas tuh.mmg power beb.bunyi best giler ekzos diorg..
Yang tuh adalah bar yg digunakan dan sebelah tuh adalah tembok tpt budak2 melepak..
Apapun cerita diorg mahupun cerita kita,semakin jauh kita brlayar semakin jauh kita berkhayal.. semakin ramai yang berkhayal semakin ramailah hilang akal...bila dipikirkan dalam2, takut rasanya menjelajahi hidup ini..
salam pada semua.