Masa ini adalah ketika berada di LCCT sejam sebelum penerbangan berlangsung..aham lah org yg mengantar kami ke sana..masa ni dok mkn burger yg dimasak oleh MC YUSRO..pakej perjalanan dgn hanya berbekalkn rm350 shj..so semuanya berjaduallah..inilah jurney yangpaling jauh pernah aku lalui bersama anak2 dimalaysia ini.
Masa semakin hampir utk melangkah masuk kedlm perut kapal terbang.ketika ini dibalai pelepasan diLCCT.Kelihatan enoi dgn familinya pun join sama jurney from heart ini.Enoilah yg bnyk mengover perjalanan ini termasuk mkn minum n so on..tq enoi.Hutang tetap kena bayar gak ekk..
Punyalah tak pernah tgk keadaan didlm balai berlepas,ada ruang jer kita tangkaplah gambar..ada kedai tu nama dia DAIM..ingat daim zainuddin punya kot.Zarith adalah pelakon paling aktif hari tu kerana teruja nak naik kapal terbang..bapak dia lagi teruja.
Masa semakin hampir menuju ke kapal terbang..hati berdebar2 menunggu saat itu.3 org ultraman ini memperlambangkan betapa keterujaan bapanya menghadapi saat2 itu..Besar juga kapal terbang tu.Lihatlah keterujaan wajah2 keluarga kami...nikmatilah..
seronokkan bawak family gi jejalan..anak2 tu mesti rasa abah dia best kan..takpalah ini masa diorg..esok pun masa diorg gak..hehe
masa mendarat pun kian hampir..sabah kini didepan mata.kesoronokkan dan ketakjuban melihat alam ciptaan Allah diudara cukup menginsafkan.
Inilah lapangan terbang sandakan yang amat cool..suasana selepas hujan di sandakan.sejuk dan menyejukkan.best oo sandakan.LAni time bapak2 kena dukung anak..dunia sudah berubah dah maju dah cik yah oooii..
gambar ni disekitar tmn negara sepilok tempat orang utan dipelihara secara semula jadi..best oo tgk org utan kat sini.diorg hidup tanpa dikurung dan sporting sekali..so selain dari orang utan kat sini,orang hutan melintang juga ada kat sini sambil tangkap gambar.Nak masuk sini dikenakanbayaran rm5 dewasa dan rm2 kanak2.kamera sahaja rm10 tau..tgklah gambar2 yang ada diatas.
Ini adalah gambar isteri kepada orang utan tuh..iaitu org utan melintanglah..dia yang lebih teruja tgk org utan tuh.Gambar sebelah tu adalah masa utk org utan makan..diorg makan 2 kali sehari iaitu kul 10am and 3 pm..so masa nilah ramai pelancong dtg melihat kerenah org utan ni..Tp masa makan org utan melintang tak tentu..ada duit jer baru makan..
Ni adalah org utan yang dah jinak...posing dgn anak2 masing2..onie cute jer.
masa ni on the way balik dr tgk org utan makan..tgh jln kena roadblock dgn anak2 monyet yg nakal2 tuh..so selepas diberi rm0.20 sorg,maka perjalan menjadi lancar.beruk yang sekor tuh adalah juru tol kat situ nama dia ATOI..
Ini adalah kereta yang digunakan oleh orang utan utk kebandar..hehe.satu2nya dimalaysia kereta yang mcmni.betul2 doraemon sampai ultraman2 ni pun bergambar dgn kereta unik nih.
Ni adalah masjid yg terdapat dipekan tawau.susah gak nak cari masjid kat sabah ni.bnyk church disepanjang jln kesini..Tapi tak sempat nak solat kat sini pasal jadual perjalanan terlalu ketat.
ini adalah bazaar yang terdapat di tawau..ianya ada mcm2 jenis kain n pakaian dijual disini..harga dia kena pandai pilih.Enoi telah menghabiskan hampir rm1000 kat sini bei mcm2 utk dibawa pulang..harga utk brg kemas wanita dijual dlm lingkungan rm70 tp after less jadi rm23..jauh beza diakan.
bawah ni adalah rumah yusnita..semua sepupu2 dok main kat depan komputer bapak ikmal..rumah agak besar dan selesa.Kami dptlah tidor semalam kat sini,..tp subuh mmg awal...4.30 dah subuh.lain sungguh rasanya bila masa tak sama dr semenanjung.Rumah tu adalah rumah yusnita diwaktu malam..masa ni tgh nak balik rumah tipah..
Inilah adalah rumah tipah di sandakan.pemandangan dari arah hadapan dan unser tuhlah yang membawa kami keseluruh sabah ...selesa dan mantap.
Masa ni adalah di terminal airport sandakan..dah nak kena balik dah.baru je nak rasa seronok dah kena balik.cepat sungguh masa berlalu.maybe nextime kita datang lagi.mungkin masa tu mak tipah and ayah ran pun dah balik semenanjung dah..adios and bon voyage utk ayah ngah and mak ngah diorg..
zarith mengulangkaji pelajaran dari tempat tertinggi didunia..mungkin berada pada 12k meter dari paras laut..
video ni masa berada di LCCT sebelum menaiki kapal terbang..teruja sungguh nak naik kapal terbang..
Masa ni sedang menikmati meggi atas kapal terbang..meggi tu berharga rm1300 termasuk tambang kapal terbang lah..sungguh kecik kita dibumi allah nikan..