30.04.2011 aku pulang ke HM buat kesekian kalinya..cuma kali ini aku balik sorang jelah pasal anak bini semua balik kedah kekenduri rumah pakteh.Seblum bertolak,aku gi tukar timing belt perdana yang semakin menghampiri ke 100k km hayat nya..

semua kos yang terlibat berjumlah hampir rm1k...mengambil masa 1 hari dengan hanya 1 mekanik sahaja yg membuatnya...
Sampai di HM lebih kurang jam 4 am..sebelum tu gi lepak dgn sham dahari kat simpang 4.

Rumah diKg masih lagi under renovation..kerja2 menambah lagi ruangan untuk menampong jumlah ahli yang semakin besar..sekali balik kg boleh mencecah hampir 30 orang...

so parking dihadapan rumah terpaksa di kosongkan untuk kerja2 meletakkan pasir dan batu bata dapat dijalankan dengan selamat..

besar plak rumah kali ni..so boleh lah aku tidor tepi tingkap nanti bila dah siap..lani dok tido kat atas tingkap jer..

pada hari ahad tu rumah alang dah ada buat kenduri sikit.so kami sekeluarga bertamu dirumah alang dah menjamu selera makan pulut..

ayah cik dan boby sedang membaca wirid..sedang alang dah sedang sibuk didapur menyediakan juadah makanan.

resipi turun temurun yang tidak jemu dipandang dan dirasa..sambil anak itu mendoakan kesejahteraan kami semua.

sedang hangat bersembang tentang video sex politik bersama abg pegawai bomba perak..

tak habis lagi ker borak nyer bang..beria berselimpuh nampak..sedap jer nampak kuih bahulu tu kan..

orang ramai mula datang meraikan majlis dirumah alang dah tersebut.

orang2 kampong yang sentiasa tolong menolong dalam semua perkara.

sementara orang perempuan sedang 'mengumpat' aku yg sedang tangkap gambar diorg tu.


ADUN HM sedang merasai kuah durian yang dibuat oleh mak..sodapppp

sedara mara opah alang ramai hadir pada tengahari itu sambil bertanya khabar..

mempelam yang masak ranum dihadapan rumah opah alang..bestnyer..pisang dia pun best jer.

anak2 ini pun best juga...zaman yang penuh dengan imaginasi yang mengasyikkan.
Published with Blogger-droid v1.6.8