Monday, March 28, 2011

skill or deal?


sufya beraksi bersama qamarul..dulu2 qamarul pun mcm tu gak


lani qaarul dah boleh main kat padang dah..awan tu macam best jer..tak tau naper


apit mcm beria jer main bola dgn qamarul



tak tau nape jd dua gambar ni..tp sama je


ni pun sama


ni lagi sama


ni pun sama gak..tahan kencing ke apit


ni juga sama


ni je tak sama..memang skillfull lah qamarul ni main bola..semua player dia kenal.pehh


hari minggu tu aku join hisyam dahari ke LCCT antar kawan dia balik indon..aku jd co pilot lah.


gaya isam dengan mata bersinarnya..yang penting heppi yedak..

hari jadi ku ker?


bIRTHDAY yang 38 ..lama dah kita hidup didunia ni erk..
so kami sekeluarga pergi ke pizza hut kat subang 2 menikmati saat2 bersama yang menarik dan hanya kami sahaja yang me
mahaminya..

inilah menu ringkas kami pada malam tu..memang rasa pizza kat situ


Tengah pilih menu sambil2 tgk menu..banyak menu dia


sambil2 tu kita interprem sikitlah erk..


Qamarul cukup lapar pada malam tu..bila dah makan terus hilang laparnya.


memang nak makan orang je gayanyer tu pasal lambat sangat makanan nak sampai


tak tau nak cakap apa dah ...


kalaulah diorg jd tokey pizza hutkan best..kenyang bapak dia jadinya


tanpa berlengah lagi diorg pulun minum je dgn minum sup..


aikkk!! tak cukup lagi qamarul nak makan meja tuh..


begitulah makanan kami yang enak..lazat dan berharga.


inilah pizza hut yang besar tersergam disitu..bilalah boleh dapat milik satu bisness mcm pizza ni..


mungkin orang rumah tgh pikir proposal yang aku tgh fikirkan td...muahh

Tuesday, March 15, 2011

cuti sekolah

Cuti sekolah ini kami pulang kekg halaman yang sekian lama tak menjenguk..sambil tu kami ke rumah kenduri abe jiran kat subang 2 ni di sungai besar.Jauh kedalam sawah rumah pengantin ini..sejauh mata memandang.

Ini lah abe bapak pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan keduanya nanti.

beginilah kemeriahan kenduri pada hari itu.menu yang menarik dan sedap.

kelihatan jali sibuk mengambil makanan.itulah dia pengantin yg juga ustaz kepada zarith dan ameer iaitu ustaz wan dan isterinya


kak zah sibuk berlabun dengan kawan2nya.begitulah indahnya sawah padi di sg besar.

singgah dimasjid menunaikan solat zohor disini.

setelah kekenduri di sg besar,kami ke sg keli untuk menghadiri kenduri dirumah saudara belah emak..lama tak masuk kekg dimana aku dilahirkan dahulu.

serangga ni memang ajaib..hanya Allah yang berkuasa menciptanya.dari badan kebuntutnya hanya disambungkan dengan seutas saluran sahaja.mmg hebat kejadian Allah ini.

inlah saudara belah mak yang berhimpun dirumah kenduri.hebat2 diorang ni.

kami pergi pun dah pukul 3 lebih so dah lengang lah majlis pada hari itu..tp sempat makan bubur kacang yang enak.

setelah habis makan kami pulang nak main game nintendo wii yang best ni.satu2nya game yang membuat kita berpeluh sekali seperti bermain dipadang yang sebenar..so tak payah ke gymlah nampaknya.

HUtan melintang yang banyak berubah sekarang..mari kita tgk apa perubahan yang semakin mencengkam rasa ini.

bandar simpang 4 yang semakin sibuk dengan kenderaan termasuk kenderaan aku gaklah.

sudah ada billion di sana..tak lama lagi tesco dan giant plak akan dibuka diHM


zaman kanak2 yang hanya datang sekali sahaja.memang cool diorang dia main layang2 aku yang dibeli di pahang hari tu..so pada hari ini aku sedekahkan pada diorang ni agar dapat meraikan zaman kanak2 diorg dengan lebih bermakna.


antara dua zaman.anak2 dikg yang bermain dengan permainan yang mengasyikkan dengan langit dan bumi sebagai padang permainan mereka.sementara yang diatas kereta itu yang padang permainannya di depan komputer sahaja.

bila dua zaman ini bertemu,pasti ada kemeriahan yang tercipta yang hanya mereka sahaja yang dapat merasainya bersama. semoga kalian semua dibimbing kejalan yang diredhai.