Tuesday, May 3, 2011

balik HM lagi dan lagi

30.04.2011 aku pulang ke HM buat kesekian kalinya..cuma kali ini aku balik sorang jelah pasal anak bini semua balik kedah kekenduri rumah pakteh.Seblum bertolak,aku gi tukar timing belt perdana yang semakin menghampiri ke 100k km hayat nya..



semua kos yang terlibat berjumlah hampir rm1k...mengambil masa 1 hari dengan hanya 1 mekanik sahaja yg membuatnya...


Sampai di HM lebih kurang jam 4 am..sebelum tu gi lepak dgn sham dahari kat simpang 4.



Rumah diKg masih lagi under renovation..kerja2 menambah lagi ruangan untuk menampong jumlah ahli yang semakin besar..sekali balik kg boleh mencecah hampir 30 orang...



so parking dihadapan rumah terpaksa di kosongkan untuk kerja2 meletakkan pasir dan batu bata dapat dijalankan dengan selamat..



besar plak rumah kali ni..so boleh lah aku tidor tepi tingkap nanti bila dah siap..lani dok tido kat atas tingkap jer..



pada hari ahad tu rumah alang dah ada buat kenduri sikit.so kami sekeluarga bertamu dirumah alang dah menjamu selera makan pulut..



ayah cik dan boby sedang membaca wirid..sedang alang dah sedang sibuk didapur menyediakan juadah makanan.



resipi turun temurun yang tidak jemu dipandang dan dirasa..sambil anak itu mendoakan kesejahteraan kami semua.



sedang hangat bersembang tentang video sex politik bersama abg pegawai bomba perak..



tak habis lagi ker borak nyer bang..beria berselimpuh nampak..sedap jer nampak kuih bahulu tu kan..



orang ramai mula datang meraikan majlis dirumah alang dah tersebut.



orang2 kampong yang sentiasa tolong menolong dalam semua perkara.



sementara orang perempuan sedang 'mengumpat' aku yg sedang tangkap gambar diorg tu.



ADUN HM sedang merasai kuah durian yang dibuat oleh mak..sodapppp



sedara mara opah alang ramai hadir pada tengahari itu sambil bertanya khabar..



mempelam yang masak ranum dihadapan rumah opah alang..bestnyer..pisang dia pun best jer.



anak2 ini pun best juga...zaman yang penuh dengan imaginasi yang mengasyikkan.



Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 29, 2011

aku in konsert at IB

Pada 28.4.2011 aku dan lan and pijoi dan juga peroz(penganjur) gi tgk reheasal konsert wing and friends kat istana budaya..masuk free pasal ianya reheasal...


So sebelum gi tgk reheasal tu kami tgk2 dulu pameran motor Naza kat ruang legar IB tersebut.



pameran motor harley davidson yang power.motor2 tu semua adalah latest model dari harley..motor aku tetap modenas gaklah..



model ni agak nakal dan menarik.harga dlm rm150K sahaja..nasib baik aku baik 140 je.kalau tak dah tangkap sebiji dah hari tu.




ni kira konon2 jer nak beli motor..tp siapalah aku nak pakai motor power2 nikan..modenas pun baru habis bayar jer.



Nilah kengkawan yg menjadi peminat wings sejak dari sekolah lagi..



pijoi dan motor tak boleh dipisahkan



reheasal baru bermula..mcm2 gimmick dipersembahkan...layan jelahkan



Joe di kanan manakala bekas pemain gitar wings asal iaitu sham dibelah kiri..lama tak tgk sham since album yg pertama jer..lain benor rupanya



jojet bekas pemain drum gersang bersama wings hari tu..dah nampak lain sgt jojet ni dah



sessi bersama mel dgn lagu yg menarik..



inilah dia sham yg muncul dengan album wings inspirasi tamingsari..mcm budak2 rock jer gayanyer


Published with Blogger-droid v1.6.8

geng HM turun KL

Lagi sekali geng2 HM turun KL atas urusan mengambil upah membawa pendatang asing..tp pendatang asing yang halal..



Baru balik dari tanjung karang mengantar mesin kepada customer..Singgah solat asar dimasjid berdekatan dengan pusat kelip2 kg kuantan kuala selangor.



lani berada di LCCT menunggu kedatangan pendatang asing...posing utk hidup.



za dan kawan indon sedang menanti kakaknya dari jogja...hampir 1 jam lebih tersangkut menunggu kakaknya...



beginilah syahdunya menunggu orang tak keluar2 lagi ni erk.



selepas dah keluar kami ker sunway pyramid makan..semua sponsored by diorg.aku cuma tunjuk jalan jer.



ramainya org sedang main iceskating di sunway pyramid..nak main tak pandai..so kita terus gi makan jer lah ..



Published with Blogger-droid v1.6.8